Hampir bersalin, suami Eyra Hazali teman di wad sambil bacakan al-Quran
Selepas hampir setahun melangsungkan perkahwinan, pelakon muda Eyra Hazali dan suami yang juga penjaga gawang pasukan Johor Darul Takzim bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Eyra yang sudahpun memasuki wad bersalin dan dijangka melahirkan dalam sehari dua ini dilihat telah memuat naik momen dimana suaminya setia menemaninya disisi.
Teman isteri disisi
Di IG story Eyra juga jelas menunjukkan Haziq Nadzli sedang membaca al-Quran bagi menenangkan isterinya dan juga dirinya yang pasti berdebar menanti kelahiran bayi sulung mereka.
Minta urusan isteri dipermudahkan
Dalam pada itu , Haziq turut meminta agar orang ramai mendoakan urusan bersalin isterinya dipermudahkan kerana sudahpun berada di wad bersalin dan hanya menunggu masa untuk proses kelahiran.
Timang bayi lelaki?
Untuk rekod, Eyra dan Haziq telah melangsungkan pernikahan pada 1 November 2019. Pasangan tersebut juga telah memaklumkan bahawa bakal menimang anak lelaki selepas Haziq memuat naik gambar pakaian bayi lelaki di Instagram miliknya sebelum ini.
Sumber: Eyra Hazali, Haziq Nadzli