Permergian Siti Sarah jentik hati Betty Rahmad untuk berhijrah

 


Menginjak umur 40 tahun, selebriti Betty Rahmad mula terdetik untuk mengubah kehidupannya untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik.

Mula memasang niat dengan membeli tudung yang dijual Allahyarham Siti Sarah, Betty mengambil keputusan untuk mengenakan hijab selepas pemergian rakannya itu.

Anak 2 tahun gerakkan hati Betty

Melihat anaknya Ardy Wira, 2 tahun yang sudah mula membaca Iqra dengan lancar, Betty akui terkesan memandangkan dirinya yang masih merangkak-rangkak untuk membaca Al-Quran.

Menurut adik kepada pelakon Datin Seri Umie Aida dan Erma Fatima ini, keinginannya untuk memiliki suami yang penyayang, anak yang bijak, serta perniagaan yang maju membuatkan dia berasa begitu bersyukur dan terdetik untuk melakukan perubahan.

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Betty mula mencari guru yang boleh mengajarnya dari awal, serta tidak segan untuk memulakan dari Iqra.

ADVERTISEMENT

Dapat respon positif dari rakan-rakan artis

Perkongsian yang dimuatnaik oleh selebriti itu di akaun Instagramnya mendapat reaksi positif dari kalangan peminat dan juga rakan-rakan artis.

ADVERTISEMENT

Menurut Betty, rutin hariannya kini sudah berubah kerana dia akan bangun seawal jam 4.3o pagi untuk mengerjakan solat tahajud, solat taubat dan berdoa.

Sumber : Instagram @bettyrahmad