Ciuman terakhir mama buat Not, ” Ank Safura Ya’cob mninggal dunia ”


Sebak tulisan Pelakon dan penyanyi, Safura Ya’cob melalui laman sosialnya telah memaklumkan khabar duka mengenai anak perempuannya, Noor Shafiela yang telah kembali ke rahmatullah, hari ini.

Penyanyi yang sinonim dengan lagu Sedalam Mana Cintamu ini berkongsi khabar duka itu bersama peminat menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

Pilu apa yang ditulis Safura pemergian arw4h anak tersayang ” Alhamdulilla ciuman terakhir mama buat Not, wangi seharum kasturi, semoga Allah tempatkan kamu anak ku Noor Shafiela didalam syurga Allah Aamiin ” tulisnya.

Punca sebenar pemergian anak tersayang tidak didedahkan sama sama kita doakan agar rohnya tenang disana bersama insan insan yang diredhai yang maha esa luahnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti menitipkan ucapan salam takziah buat penyanyi berusia 47 tahun itu atas pemergian anakandanya.

Innalilahiwainnailairojiun, salam takziah buat seisi keluarga ,al fatihah buat arwah,tulis rakan baiknya pelakon Zarina Zainuddin.

Salam Takziah buat sis Safura dan keluarga atas pemergian anak tersayang Alfatihah (dibaca), titip lagi seorang warga maya dan pelayar media sosial.

Innalillaahi wainna ilaihi rooji’uun. Takziah buat akak dan keluarga. Al fatihah, moga roh not tenang disana, tulis peminatnya.

Untuk pengetahuan Safura turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurul Natasha Abdul Rani dan Muhammad Daniel Khaqim Mohd Khairi, hasil perkahwinan yang terdahulu.

Selepas itu, Safura mendirikan rumah tangga bersama pelakon Sahronizam pada tahun 2005 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata bernama Yusoff Firdaus, 12, Zara Nur Aisyah, 11, Ariana Sofia, 7 dan Nur Aisyah Mariam yang telah men1nggal dunia ketika berusia tiga tahun pada 2008. Al fatihah.