Umi Zizi Kirana menlnggal dunia
IBU saudara kepada penyanyi rap Zizi Kirana iaitu Rusnani Kassim menghembvskan n4fas terakhlr di kampung halamannya di Sabah kira-kira pukul 2.40 pagi, Jumaat.
Menurut Zizi, dia dan adiknya mempunyai hubvngan rapat dengan arw4h ibu saudaranya itu memandangkan arw4h yang menjaga mereka sejak kecil lagi.
Bagaimanapun, Zizi masih belum dapat memastikan pvnca sebenar arw4h yang mesra dipanggil sebagai umi itu menlnggal dunia.
“Umi merupakan ibu saudara saya yang menjaga saya sejak kecil lagi. Saya dan adik memang sangat rapat dengan arw4h… dia jaga kami sejak kecil.
“Kehil4ngan dia sangat memberi k3san sebab saya sudah menganggap arw4h seperti ibu kedua saya,” kata Zizi.
Difahamkan, Zizi dimaklumkan mengenai berita sedlh itu selepas selepas menjalani penggambaran drama sekitar pukul 3 pagi tadi.
“Ya… betul umi (ibu) Zizi mn1nggal dunia sekitar pukul 2.40 pagi tadi. Selepas habis sh0oting dalam pukul 3 pagi, baru Zizi dapat tahu. Arw4h mninggal di Sabah tapi saya tak pasti sak1t apa.
“Buat masa sekarang ini, Zizi memang tak boleh nak bercakap… dia diam sahaja. Saya pun tak nak tanya apa-apa lagi sebab dia tengah bersed1h,” kata Bob.
Sebelum ini, penyanyi Zarina Zainoordin memuat naik status di Instagram mengatakan ibu kepada Zizi menlnggal dunia dan mem0hon agar semua orang mend0akan penyanyi itu serta keluarga diberikan keku4tan.
Pada Januari lalu, Zizi mended4hkan dia bert1ndak memad4m foto berpakaian terded4h di laman sosial selepas menerima tegvran daripada ibunya yang menghantar mesej berjela-jela.
Mesej yang diterima menimbulkan kesed4ran kepada penyanyi itu selain menganggap teguran ibunya bukan perkara yang boleh dipandang ringan.
R4ta-r4ta netlzen meluahkan rasa sedlh dan mend0akan agar arw4h ditempatkan dalam kalangan orang berlman serta berharap penyanyi berusia 36 tahun itu kvat menghadapi dvgaan tersebut.
Dalam pada itu, pemilik nama Nur Fazelah Mad Tahil kini sedang menguruskan perjalanan pulang ke Sabah selepas sudah mendapatkan keb3naran daripada pihak p0lis.
“Saya kini berada di lapangan terbang untuk pulang ke Sabah,” ujarnya.
sumber: wowberita
Jodoh ‘ekspres’ Zizi Kirana, Yusuf Bahrin
ATURAN Allah siapa yang dapat menidakkannya. Kalau sudah jodoh, cepat atau lambat bukan persoalan, itulah yang sudah tertulis di Luh Mahfuz.
Buat penyanyi bertubuh genit Zizi Kirana, dia sendiri tidak menyangka aturan Ilahi dalam rencana jodoh dan perkahwinannya.
Ahad lalu, 19 September, pemilik nama lengkap Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil itu selamat bergelar isteri kepada pelakon kacak, Yusuf Bahrin dalam sebuah majlis pernikahan ringkas yang diadakan di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju.
Dengan hanya sekali lafaz, pelantun lagu Eh! itu selamat berstatus permaisuri hati kepada Yusuf.
Kahwin ‘last minute’
“Alhamdulillah syukur semuanya berjalan lancar. Kalau nak tahu hari Jumaat lepas baru kami dapat tarikh dan lokasi nikah.
“Semuanya dilakukan saat-saat akhir. Syukur pernikahan kami ini dipermudahkan. Tolong doakan semoga perkahwinan ini diberkati dan kekal sampai ke Jannah.
“Insya-Allah kami merancang untuk mengadakan dua majlis resepsi iaitu di Sabah dan kampung halaman Yusuf di Melaka pada Disember depan,” kata Zizi dalam satu temu bual bersama media secara virtual usai diijab kabul.
Perkahwinan ‘mengejut’ pasangan itu sekali gus meleraikan spekulasi dan khabar angin yang bertiup kencang dalam laman sosial mengenai perkahwinan mereka sejak Sabtu lepas.
Berkongsi tentang detik perkenalan, Zizi mula mengenali Yusuf ketika rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia (ATNMY) awal tahun ini.
Mereka mula serius mengenali hati budi masing-masing sekitar dua bulan lalu sebelum mengambil keputusan meneruskan fasa hubungan ke alam perkahwinan.
“Pertama kali jumpa kenal Yusuf semasa rakaman program ATNMY. Masa tu kami tak bertegur pun, masih belum ada perasaan sampailah selepas raya Aidilfitri lalu, dia menghubungi sayadan kami mula berkawan.
“Saya selesa berkawan dengannya dan dia nampak ikhlas dalam perhubungan ini.
“Hinggalah hujung bulan Ogos, kami rancang untuk terus berkahwin. Alhamdulillah keluarga pun merestui hubungan kami ini, jadi rasanya tak perlulah nak tunggu lama-lama.
“Sejujurnya sepanjang perkenalan ini, kami hanya berjumpa beberapa kali sahaja kerana Perintah Kawalan Pergerakan. Kami lebih banyak berkomunikasi menerusi telefon dan media sosial,” ujarnya.
Detik perkenalan, bulan madu
Ditebak pertanyaan mengenai cahaya mata, Yusuf menyerahkan perihal itu kepada rezeki dan kehendak Allah SWT.
“Kalau ada rezeki anak, kami terima seadanya. Kalau ada dua anak pun dah cukup. Kata orang, kalau sangkut, sangkutlah.
“Tiada perancangan bulan madu sebab esok saya sudah bekerja macam biasa. Cuma kita ada rancang untuk tunaikan umrah bersama selepas sempadan negara dibuka,” kata pelakon yang mula dikenali ramai menerusi drama rantaian Perempuan Tanpa Dosa itu.
Sopan santun, matang
Diajak berbicara tentang keistimewaan masing-masing yang membuatkan hati terpaut, baik Zizi mahupun Yusuf, mereka sudah terbuka berkongsi cerita.
Yusuf mengakui terpesona dengan keperibadian Zizi yang ‘gila-gila’, namun pada masa sama, sangat menghormati orang tua.
“Kami ‘sekepala’. Sama-sama masuk air dah rasanya itu yang membuatkan kami senang serasi sampailah berjodoh hingga ke jenjang pelamin.
“Walaupun Zizi lebih berusia, itu tidak menjadi satu masalah. Saya mungkin muda tetapi saya yang selalu beri nasihat dan memberi pertimbangan dalam sesuatu situasi.
Buat Zizi, dia tidak melihat beza usia dengan suami sebagai permasalahan. Zizi percaya, kematangan seseorang tidak sepatutnya diukur dari segi usia.
“Yusuf seorang yang sangat matang. Baik dari segi pemikiran dan fizikal. Dia mungkin baru berusia 29 tahun tapi pemikirannya macam orang tua.
“Yusuf seorang yang amat sopan santun. Tengok sahaja muka macam ganas tetapi sangat lemah-lembut dan berbudi bahasa.
“Saya tidak melihat jurang usia satu masalah untuk kami terus serasi sebagai suami isteri. Apa pun, saya berharap ikatan sah ini akan kekal sehingga ke akhir hayat. Mohon doa yang baik-baik daripada orang ramai,” tutur Zizi.
Pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Usamah Bin Zaid, Murshidi Abd Hamid berwakil walikan bapa Zizi sendiri, Mad Tahil.
Majlis pernikahan diadakan secara tertutup mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.
Penyanyi itu menerima mas kahwin senaskah al-Quran, sebentuk cincin dan seutas gelang tangan, manakala wang hantaran pula tidak didedahkan.