IMAM BESAR AL AZHAR TOLAK CADANGAN GABUNGKAN ISLAM, KRLSTI4N, Y4HVDI JADI SATU AGAMA IBRAHIM


Imam Besar Al Azhar Mesir, Sheikh Ahmed Al Tayyeb, telah menolak cadangan untuk menyatukan agama Islam, Kri$tian dan Y4hudi menjadi satu sebagai agama Ibrahim. Menurutnya, idea itu bertentangan dengan kebebasan berkeyakinan.

“Seruan ini, nampaknya, bertujuan untuk menyatukan agama Y4hudi, Krlstian dan Islam dalam satu agama yang dipanggil Abrahamisme atau agama Ibrahim,” kata ulama terkemuka itu pada majlis di Kaherah.

“Seruan-seruan ini, seperti seruan untuk globalisasi, pengakhiran sejarah, etika global, dan lain-lain, datang ke hadapan untuk menggalakkan kebersamaan dan perpaduan manusia dan menghapuskan punca perselisihan dan konflik,” katanya, seperti dipetik oleh Gulf News

Bagaimanapun, ulama itu menambah, idea itu membayangkan tindakan merampas kebebasan beragama orang.

“Berdasarkan kepercayaan kami kepada agama-agama syurgawi kami, kami percaya bahawa adalah mustahil bagi manusia untuk bersetuju dengan satu agama, memandangkan perbezaan antara orang dengan warna kulit, kepercayaan,

pemikiran, bahasa, dan juga cap jari. Semua ini adalah fakta sejarah dan saintifik, dan sebelum ini adalah fakta yang disahkan oleh al-Quran,” kata Sheikh Al Tayyeb yang juga dikenali sebagai individu utama dialog antara agama.

Pada 2019, beliau dan Pope Francis bersama-sama menandatangani Dokumen Persaudaraan Manusia, juga dikenali sebagai Deklarasi Abu Dhabi, di Emiriah Arab Bersatu. Dokumen itu menggariskan nilai toleransi, keamanan dan kebebasan beragama.

Dokumen tersebut adalah seruan untuk keamanan tanpa kekerasan, panggilan buat umat Katolik, Muslim dan semua orang yang beriman “untuk bersatu dan bekerjasama” untuk berkhidmat

“sebagai panduan bagi generasi akan datang untuk memajukan budaya saling menghormati dalam kesedaran tentang rahmat tuhan yang menjadikan semua manusia bersaudara.”

Selain itu, ia menyeru para pemimpin dunia “bekerja keras untuk menyebarkan budaya toleransi dan hidup bersama dalam keamanan; untuk campur tangan bagi,

menghentikan pertumpahan darah mereka yang tidak bersalah dan menamatkan peperangan, konflik, kerosakan alam sekitar dan moral dan kemerosotan budaya yang dunia sedang alami sekarang.”