PATAH BALIK AMBIL TELEFON BIMBIT DLM RUMAH, WANITA MAVT DALAM RUNTVHAN GEMP4 BUMI


Dia sempat keluar dari rumahnya ketika runtuhan akibat gempa bumi yang berlaku di Mamuju di Sulawesi Barat.

Namun, tindakannya berpatah balik masuk ke rumahnya itu semata-mata mahu mengambil telefon bimbit mengundang padah apabila dia dihempap runtuh4n batu sebelum ditemui mavt di lokasi kejadian.

Kompas melaporkan insid3n pilu kemati4n wanita dikenali sebagai Gita Sutriani dalam bencana alam itu dikongsikan bapanya, Sutrisno.

Sutrisno berkata, anaknya itu berjaya keluar dari rumah sebaik gemp4 bumi berlaku.

“Dia bagaimanapun kembali semula ke dalam rumah untuk mengambil telefon bimbitnya. Dia tertimbus dalam runtuhan dan meningg4l dunia.

“Runtuhan batu jatuh tepat di kepala Gita yang meragvt nyaw4nya,” katanya memaklumkan Gita tertidur ketika gempa bumi kedua berlaku dan terjaga disebabkan getaran kuat di kawasan berkenaan sebelum dia berlari keluar dari rumah.

Gita yang tinggal di Kecamayan Simboro Mamuju, bercerita mengenai gemp4 pertama di wilayahnya pada ayah.

“Kelmarin (Khamis) sewaktu gemp4 pertama, dia telefon saya. Dia beritahu mengenai g3mpa di Mamuju.

“Jadi saya cakap hati-hati, jangan tinggal di dalam rumah. Lebih baik di luar dulu,” katanya berpesan kepada Gita.

Katanya, Gita memaklumkan rumahnya retak akibat g3mpa yang berlaku pada kali pertama.

“Dia beritahu tiada apa-apa, cuma flatnya retak,” kata Sutrisno.