Nenek besarkan 13 anak sampai brjaya. Tp biIa nenek sakitt, anak2 siap gduh, sapa yg kena jaga nenek.
Assalamualaikum pembaca yang dihormati sekalian. Aku membuat luahan hati disini kerana teramat rindukan nenek ku yang mening gal dunia pada awal Januari 2018.
Sayu hati terkenangkan pendritaannya ketika hayatnya. Maafkan aku jika penulisan ku tidak berapa baik. Ambil lah iktibar dan jadikan pengajaran atau panduan dalam kehidupan.
Nenek ialah ibu kepada ayahku. Meninggal dunia di usia 72 tahun. Nenek, yang ketika hidupnya terlalu banyak dugaan Allah berikan.
Nenek, yang ketika hidupnya amat disenangi dan disayangi orang sekeliling kerana dia seorang yang sangat pemurah, suka memasak, kelakar dan cantik.
Ya, walaupun sudah tua, walaupun bermacam penyakit yang datang, nenek tetap cantik dimataku.
Sedih bila mendengar cerita ayah. Tidak dapat ku bayang apa yang nenek lalui ketika itu.
Ya Allah kasihan nenek. Maafkan cucumu ini kerana mencari rezeki jauh darimu. Tidak dapat menjaga dan menggembirakanmu.
Kasihan nenek. Nenek mampu menjaga 13 orang anak sehingga semuanya berjaya. Semua. Tidak ada seorang pun yang susah atau hidup dalam bersederhana. Semuanya mewah.
Mak long kontraktor kelas A, ayah mempunyai firma arkitek sendiri, yang dibawah ayah, seorang Chartered Accountant, tidak lama lagi akan buka firma sendiri juga. Yang lain-lain, Engineer, Lawyer, Doctor.
Tapi kenapa tidak ada seorang pun yang jaga nenek ketika nenek skit, terlantar dihospital? Semuanya diserahkan kepada pembantu dan nurse.
Bagaimana aku tahu walaupun aku jauh? Kerana aku rapat dengan pembantu dari seberang itu dan sering berwhatsapp bertanyakan kabar nenek.
Kasihan nenek, sering bertanyakan anak-anaknya. Sering bertanyakan ‘terlalu sibuk kah anak-anakku, sehingga tidak dapat melawat aku?’.
Kasihan nenek, rindukan anak-anaknya. Mahukan perhatian anak-anaknya. Tapi yang diberikan hanyalah duit, duit, duit.
Masing-masing hanya lepas tangan. Beranggapan dengan memberi duit, mereka sudah cukup berbakti.
Kasihan nenek. Selalu menangis keskitan, sussah tidur malam, dan tidak berselera untuk makan. Hanya menangis dan menyebut nama anak-anaknya satu persatu.
Menurut pembantu, setiap hari nenek akan meminta pembantu untuk membawa nenek ke pintu utama.
Nenek akan duduk termenung disitu beberapa minit, dan kemudian meminta pembantu membawanya masuk kedalam bilik semula. Mungkinkah nenek menantikan kepulangan anak-anaknya?
Aku bersyukur kerana ketika nenek meninggal dunia, aku sedang bercuti di kampung. Aku berada disisi nenek ketika dia sedang na zak. Aku membisikkan kalimah Allah ke telinganya. Sungguh aku sayu. Sedih.
Nenek pergi pada hari jumaat disisi 5 orang anak-anaknya dan beberapa orang cucu. Anak-anak yang lain masih diperantauan.
Aku lihat penyesalan di wajah ayahku, dan anak-anak nenek yang lain. Penyesalan yang teramat sangat. Mereka menangis seperti anak kecil.
Ayahku tidak mampu menjejakkan kaki ke bilik nenekku. Pandang sahaja pintu bilik, pasti dia akan menangis.
Dan aku terlihat Mak Su menangis di atas katil di mana nenek terlantar sambil memeluk baju terakhir yang nenek pakai.
Aku tahu mereka sedih. Tapi, kalau lah mereka tunjukkan kasih sayang yang sebegitu rupa ketika nenek masih hidup, pasti nenek bahagia. Semuanya sudah terlambat.
Aku yakin, Allah akan tempatkan nenek ke syurga. Kalian doakan nenek sekali ya. Semoga Allah ampuni segala d0sa-d0sanya.
I miss you nenek. Tenanglah disana.