Beliau Adalah Multi Millionaire Pemilik Banyak Hotel Di India, Beliau Datang Setiap 6 Bulan Dalam Setahun Untuk Berkhidmat Sebagai Cleaning Worker Di Masjidil Har4m. Subhanallah


Subhanallah, admin terjumpa kisah ni yang sudah agak lama iaitu di sekitar tahun 2018 , 2019. Namun, pengajaran daripada kisah ini tidak pernah akan lapok dek masa…

Sungguh hebat pakcik ni, kekayaan yang melimpah ruah miliknya tidak pernah sesekali menjadikannya lupa siapa yg paling ‘Besar’ di atas muka bumi ini. Manusia, walau sekaya Haman pun belum tentu dapat menandingi kekayaan Allah.

Rupa-rupanya admin perasan bahawa sunnah kebanyakan orang-orang yg HEBAT di sisi Tuhan ialah orang yang menjadikan dirinya ‘down to earth’. Pernah suatu masa dulu, viral kisah bagaimana seorang MB di sebuah negeri di pantai timur ditemui sedang mencuci tandas masjid pada jam 3 pagi! Masya Allah…

Ingatlah, bila kita sudah rasa ‘s0mbong’ dengan apa yang kita miliki, mari kita lakukan sesuatu yang ‘down to earth’ untuk membuang EG0 kita. Cubalah…

Kisah seorang ‘multi millionaire’ India jadi ‘cleaning worker’ di Masjidilharam…

Beliau ditemukan oleh seorang Arab di Masjidil Haram, semasa diberikan wang sedekah, beliau menolak pemberian sedekah oleh lelaki Arab tadi. Sebaliknya beliau hanya tersenyum dan menunjukkan beberapa kad bank dan kad kredit yang dimilikinya.

Lelaki Arab tadi terkeejut dan cuba bertanyakan pekerja kebersihan lain tentang beliau. Dan jawapan daripada pekerja itu ialah… ‘beliau adalah multi millionaire dan adalah pemilik banyak hotel di seluruh India, beliau datang setiap 6 bulan dalam setahun untuk berkhidmat sebagai cleaning worker di Masjidil Haram…’

Dan menerusi sebuah kenyataan yang terbaru admin jumpa, pihak pengurusan MasjidilHaram telah membenarkan semula semua khidmat pekerja kebersihan. Anda lihatlah sendiri betapa gembiranya mereka bila dapat kembali berkhidmat menjaga kebersihan Rumah Allah yang paling mulia di atas muka bumi ini…

Sumber:Tuan Amir Zakwan Shukry & Wan Haswari Wan Ahmad