Tolong Berhenti Tiup Lilin Sambut Besday Kerana Ramai Org Muslim Tak Tahu Sebab Dan Maksud Sebenarnya.

 

Tolong Berhenti Tiup Lilin Sambut Besday Kerana Ramai Org Muslim Tak Tahu Sebab Dan Maksud Sebenarnya.

Bertambahnya umur bagi sebahagian orang memang menjadi saat yang ingin dilalui dengan penuh kebahagiaan. Selama ini adakah anda tahu maksud meniup lilin kek ketika sambut hari jadi ? Sila berhenti, ini sebabnya yang ramai TAK TAHU. Mengundang sanak saudara dan sahabat, makan bersama, hadiah-hadiah yang datang silih berganti, dan banyak lagi.

Salah satu hal yang seakan-akan sudah menjadi tradisi dalam acara ulang tahun adalah meniup lilin. Rasa-rasanya sebahagian umat muslim pun masih melakukan hal ini. Namun, bagaimana islam memandang hal tersebut? Bolehkah? Atau hal tersebut merupakan sesuatu yang dilarang?

Dipetik dari laman merdeka.com, tradisi tiup lilin sudah lahir sejak zaman Yunani Kuno. Dalam sejarah disebutkan bahawa menyalakan lilin adalah sebuah cara khusus seseorang untuk membayar seperti upeti kepada dewi bulan yang terdapat dalam mitologi Yunani, yakni dewi Artemis. Pada zaman dahulu, kuih yang dipakai haruslah berbentuk bulat agar dapat melambangkan bulan dan lilin yang diletakkan di atasnya sebagai lambang cahaya bulan. Sebelum orang-orang Yunani Kuno meniup lilin, mereka terlebih dahulu akan berdoa memohon sesuatu hajat.

Asap dari lilin yang melayang di udara dianggap sebagai penghantar doa-doa mereka kepada sang dewi. Oleh kerana itu tradisi tiup lilin tidak hanya dilakukan pada saat ulang tahun, tetapi setiap kali mereka memiliki keinginan. Oleh kerana itu, tradisi meniup lilin ketika seseorang ulang tahun termasuk ke dalam aktivitas keagamaan orang-orang Yunani Kuno. Lilin juga dapat diibaratkan sebagai cahaya kehidupan bagi menurut orang-orang non-muslim.

Dalil Islam tentang Tiup Lilin saat Ulang Tahun

Oleh kerana meniup lilin pada saat ulang tahun adalah “warisan” tradisi dari budaya non-muslim, maka, Rasulullah menjelaskannya terkait hal tersebut dalam hadits di bawah ini :

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda: “Barang siapa yang menyerupai dengan suatu kaum, maka ia sebahagian dari kaum itu.” [HR. Abu Daawud]

Jika kita melihat pada hadits di atas, maka sebaiknya kita meninggalkan tradisi tiup lilin tersebut, kerana tradisi tiup lilin bukan merupakan tradisi umat islam dan menyerupai tradisi umat non-muslim. Tradisi tersebut juga sering dilakukan oleh kaum yahudi dan nasrani.

Alasan Umat Muslim Tidak Boleh Melakukan Tiup Lilin saat menyambut hari jadi. Pada intinya, beberapa hal yang dapat dijadikan alasan mengapa tidak diperbolehkannya umat islam mengikuti tradisi meniup lilin dalam acara ulang tahun adalah :

Rasulullah tidak pernah mengajarkan atau menganjurkan tradisi perayaan ulang tahun termasuk di dalamnya tradisi meniup lilin. Berbahaya jika tradisi ‘tiup lilin’ seakan-akan sudah menjadi bahagian dari kewajiban di setiap tahunnya, kerana Rasulullah tidak pernah mengajarkan dan mewajibkan hal tersebut.

Pesta ulang tahun yang berlebihan merupakan salah satu sikap pemborosan yang dib3nci oleh Allah. Wang yang digunakan untuk membeli lilin ulang tahun, memiliki manfaat yang lebih bernilai di mata Allah. Untuk sedekah, misalnya? Tradisi tiup lilin bukan merupakan tradisi umat islam dan tidak dianjurkan kerana menyerupai tradisi umat non-muslim. Meniru-niru kebiasaan suatu kaum disebut juga dengan tasyabuh, dan hal tersebut dilarang di dalam islam.

Sebahagian orang masih melakukan tradisi “tiup lilin” kerana tidak mengetahui bagaimana asal-usul tradisi tersebut dan apa maksud dibaliknya. Oleh karena itulah kita perlu menjadi muslim yang bijak agar dapat membezakan secara jelas mana yang baik dan mana yang buruk. Jangan hanya mengikuti sesuatu tanpa memiliki ilmu tentangnya.

Umat islam hanya memiliki 3 perayaan besar, yakni Idul Fitri, Idul Adha dan hari Jumat. Jadi ulang tahun tidak termasuk di dalamnya. Menurut salah satu penelitian, meniup lilin yang berada di atas kek ulang tahun menjadi salah satu penyebab penyebaran bakteri, kuman atau zat-zat negatif di kek tersebut.

Tak masalah jika anda menganggap hari bertambahnya umur menjadi hari yang istimewa. Namun harus kita sedari, bahawa di hari itulah umur kita pada hakikatnya berkurang. Satu tahun dalam hidup kita telah berakhir dan tahun demi tahun akan terus berganti. Lebih baik jika hari itu kita jadikan momen untuk mensyukuri kurnia Allah yang telah menciptakan kita dan membuat kita lahir di dunia ini, mensyukuri kedua orang tua yang telah menjaga kita sejak keluar dari rahim ibu dan mensyukuri setiap masa yang telah kita lalui.

Berkurangnya umur pun dapat kita jadikan sebagai masa untuk bermuhasabah, apakah kiranya yang akan kita lakukan di sisa hidup kita dalam ketaatan kepada Allah. Mintalah kepada Allah agar Ia kurniakan ketaatan kepada kita di sisa umur kita. Tanamkanlah hal-hal positif yang telah dijelaskan sebelumnya kepada adik-adik kita atau anak-anak kita.

Sekiranya anda mahu menyambut ulang tahun kelahiran anda,tidak ada masalah dengan hanya membeli kek dan memakannya.Tapi elakkanlah daripada memasang lilin diatas kek dan meniupnya kerana itu adalah perbuatan mungkar daripada kaum lain yang mempunyai maksud tersirat.

Jika anda mahu memberi hadiah kepada seseorang yang berulang tahun pun, tidak masalah. Saling memberi hadiah sesama muslim sangat dianjurkan oleh Rasulullah Shalallahu a’laihi wassalam, kerana dengan itu kita akan saling mencintai satu sama lain.

Seandainya mahu melakukan sebuah perayaan seperti makan-makan bersama dengan sanak saudara, mengudang jiran dan teman-teman, maka niatkanlah itu untuk ibadah dan janganlah berlebihan. Niatkanlah perayaan itu untuk memberi rezeki yang kita miliki kepada orang lain dalam bentuk makanan atau untuk bersedekah, sehingga kita tidak menggunakan rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kita untuk hal-hal yang sia-sia. Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber: dalamislam.com