Wanita kerdil trauma, bot dinaiki bersama bayi usia 36 hari hampir terbalik
Mangsa banjir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dilihat semakin memburuk dengan lebih ramai yang telah ditempatkan di pusat pemindahan sementara.
Perkongsian-perkongsian mangsa banjir di media sosial telah membuatkan banyak pihak berasa bimbang lebih-lebih lagi ada kawasan sudah terputus hubungan.
Bot hampir2 terlingkup
Situasi cemas itu turut dikongsikan seorang pengguna Instagram yang juga wanita yang pernah viral kerana berbadan kerdil tahun lalu.
Syakila Norazma Amira yang sedang berpantang selepas melahirkan anak sulungnya dilihat menjadi salah seorang mangsa banjir yang dipindahkan berikutan rumah serta kenderaan peribadi habis tenggelam kerana bah tersebut.
Masih lagi dalam pantang
Lebih mencemaskan, ketika proses pemindahan, bot yang mereka naiki hampir sahaja terbalik dimana dia membawa bayi berusia 36 hari.
Hal tersebut membuatkan wanita kerdil itu sangat trauma kerana bot yang mereka sandar di pokok sedikit lagi terlingkup. Nasib baik ibunya sempat berpaut dan masing-masing menangis kerana panik.
Disebabkan itu, suaminya segera memindahkan bayi mereka ke bot lain dan terus menuju ke pusat pemindahan.
Suami cepat2 pindahkan baby
Dokumen diri dan harta benda terendam
Tambah wanita itu lagi, segala dokumen peribadi tidak dapat diselamatkan kerana air sudah memenuhi rumah. Ketika ini mereka hanya sehelai sepinggang dan bersyukur kerana masih ada yang sudi memberikan peralatan bayi seperti lampin dan susu buat anak.
Elektrik dan air juga sudah diputuskan
Syakila Norazma Amira juga menjelaskan ketika ini bekalan air, elektrik dan line telefon sangat terhad dan ada diantaranya sudah terputus.
Dia sempat memohon orang ramai mendoakan keselamatan ahli keluarganya kerana mereka meminta Syakila keluar dulu dari kampung bagi menyelamatkan bayi.
Masih trauma ingat kejadian bot hampir terlingkup
Dalam pada itu, wanita kerdil tersebut juga sempat memohon maaf kepada mereka yang meminta untuknya membuat review produk kerana semua barang yang dikirim telah tenggelam kerana banjir.
Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang memahami situasi dihadapi dirinya dan keluarga ketika ini.
Untuk makluman, Syakila atau Yaya menjadi perhatian netizen apabila kisah percintaannya dengan suami yang berusia 20 tahun yang sangat istimewa. Ramai yang memuji suami kepada wanita tersebut kerana tidak memandang rupa paras atau keadaan fizikal Yaya.
Difahamkan, mereka berkenalan menerusi permainan secara dalam talian selepas beberapa bulan mengenali hati budi masing-masing.
Pada 25 Januari 2022, wanita tersebut selamat melahirkan anak pertama mereka di salah sebuah hospital di Terengganu.
Sumber: Instagram Buyaaaa