“Abah bangun abah…” -Tangisan ‘anak syurga’ di pusara bapa bikin sebak
Kehilangan orang tersayang sememangnya sesuatu yang sangat menyakitkan. Lebih-lebih lagi jika mereka adalah orang tua yang sanga berjasa serta memberikan ketika kehidupan yang lebih baik sejak dari kecil lagi.
Anak syurga menangis di pusara bapa
Namun begitu, setiap yang hidup pasti akan meninggal dunia. Hal ini samalah seperti perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @yantihomebaker apabila memuat naik video berkenaan reaksi adiknya yang kelainan upaya (OKU) sewaktu di pusara bapa.
Menerusi video tersebut, pemuda itu hanya duduk sambil menangis dan melihat sahaja jenazah bapanya berada di liang lahad.
Abah bangunlah…
Dia juga tidak henti-henti meminta bapanya untuk bangun kerana tidak dapat menerima bahawa insan yang mengasihinya selama 32 tahun itu telah pergi menghadap Maha Pencipta.
Sabar dik, kuat ya dik
Perkongsian yang sangat menyebakkan itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata turut meninggalkan komen dengan berasa sayu melihat situasi tersebut.
Mereka juga berharap supaya adik kepada pengguna TikTok itu dapat bersabar kerana dialah nanti yang akan memimpin bapanya ke syurga kelak.
Dia akan pimpin tangan bapa ke syurga
Semoga adik kuat terima kenyataan
Jangan menangis, nanti adik akan temui ayah di syurga
Sesungguhnya ayah sangat beruntung
Sebak sangat, ingatkan mata masuk habuk
Sumber: TikTok @yantihomebaker