AYAHANDA KEMBALI KE RAHM4TULLAH, HABIB ALI ZAENAL ABIDIN
Satu perkhabaran sedih dilaporkan hari ini apabila ayahanda kepada Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, Habib Abu Bakar bin Salim Al-Hamid telah kembali ke rahmatullah di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia.
Punca pemergian Almarhum setakat ini tidak diketahui. Semoga Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.
Serba ringkas Biography: Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, Nama : Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar bin Salim bin Hadi bin Salim Al Hamid bin Sheikh Abu Bakar,Dikenali sebagai : Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid
Agama : Islam
Warganegara : Malaysia Tarikh Lahir : Jumaat, 12 April 1974.
Jantina : Lelaki
Status perkahwinan : Berkahwin
Bahasa : Melayu
Akidah : Ahlusunnah wal jamaah
Pegangan Mazhab : Syafie
Para guru serta latar belakang pendidikan:
1974 – 1992, Pada awal usia beliau, Habib telah menuntut ilmu dengan ramai guru di sebuah perkampungan yang di diami oleh ramai para ulama’. Sewaktu membesar, beliau sempat berguru dengan:
Ustadz Hasan Baharom, Ustadz Soleh Bal As’ad, Ustadz Abdul Hamid, Ustadz Soleh Bin Agil, Ustadz Ahmad Barakwan
Pada usia beliau 21 tahun, dengan restu Ayahanda, Al Habib Abu Bakar bin Salim Al Hamid, dan Bonda, beliau pergi ke Hadhramaut, Yemen untuk meneruskan pengajian di Hadhramaut.
Beliau juga adalah antara anak murid Al Habib Umar bin Hafidz yang pertama di Dar Al Mustafa. Bakat semulajadi beliau sebagai seorang pendakwah mula diasah oleh Al Habib Umar bin Hafidz. Di Hadhramaut beliau berguru dengan:
Al Habib Umar bin Hafidz (pemimpin Dar Al Mustafa), Al Habib Ali Masyhur,Al Habib Salim As Syatiri,Al Habib Hasan As Syatiri, Al Habib Abdullah Bin Syihab,Al Habib Abdul Qadir Jailani Al Masyhur,Al Habib Abdullah bin Syeikh Al Idrus
Syeikh Fadal Ba Fadal,Al Habib Musa Al Kazim As Saqqaf,Syeikh Umar Husain Al Khatib,Syeikh Umar Abu Bakar Al Khatib,Al Habib Ali Abdul Rahman Al Jufri 1996 – 2001
Selepas pengajian beliau di Hadhramaut, Yemen, beliau pergi ke Mesir pula. Selama 5 tahun di Universiti Al Azhar, beliau terus berguru mendalami ilmu-ilmu agama dengan:
Dr. Abdul Badi’ Abu Hashim 2. Dr. Saad Jawish 3. Dr. Ali Jum’ah 4. Dr. Muhammad Jibril
Sumber: https://muwasolahsg.com/