Kisah S4yu Pem3rgian ibu dan bapa sel4ng 12 j4m di h4ri R4ya Aild1lfitri… Salam Takziah, Al Fatihah


Perkongsian kisah sayu di Aidilfitri apabila kedua ibu dan bapa p3rgi menghadap Ilahi di saat orang lain bergembira menyambut perayaan Aidilfitri baru-baru ini. Semoga kedua-dua roh arwah dicucuri rahmat dan salam takziah diucapkan buat keluarga. Al Fatihah (dibaca).

Sungai Petani: Kehilangan dua insan tercinta pada hari sama ketika Aidilfitri bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima.

Namun bagi Farahana Mohd Fakri, 28, dia dan dua adik perempuannya tetap reda selepas ibu, Norsah Chik, 59, dan bapa, Mohd Fakri Abdullah, 60, meningg4l duni4 hanya berselang 12 jam ketika umat Islam sedang bergembira menyambut hari raya, semalam.

Farahana berkata, ibu meningg4l duni4 pada 8.50 pagi di rumah mereka di Guar Chempedak selepas menderita k4nser usus tahap empat, manakala arwah bapa pula pada 8.50 malam di h0spital akibat ser4ngan j4ntung.

Menurutnya, ibunya pada 5 April lalu dibawa menjalani pemeriksaan di H0spital Yan selepas matanya mengalami kuning selain fizikalnya yang terlalu kurus.”Ibu kemudiannya terpaksa dipindahkan ke H0spital Sultan Abdul Halim (HSAH) sebelum doktor yang melakukan pemeriksaan memberitahu yang arwah menghidap k4nser usus tahap empat.

“Doktor pada mulanya mahu melakukan pemb3dahan namun selepas perbincangan, kami tiga beradik mengambil keputusan untuk membawa ibu pulang dan menjaganya secara bergilir,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mereka menjaga ibu sehingga arwah mengh3mbuskan nafas terakhir pada pagi kelmarin sebelum dimaklumkan bapa pula meningg4l duni4 kira-kira 12 jam selepas itu.

“Malam sebelum ibu meningg4l duni4, adik seperti biasa ke bilik tidurnya dan ketika itu dia melihat arwah sudah dalam keadaan lem4h dan berbaring dengan kakinya menghadap kiblat.

“Kami adik beradik kemudiannya membaca surah Yasin sehinggalah arwah akhirnya mengh3mbuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga dan kami reda dengan pem3rgiannya,” katanya.

Menurutnya, ketika sibuk menguruskan jen4zah ibu, dia dihubungi pula doktor yang memintanya supaya datang segera ke h0spital kerana keadaan bapa yang sudah n4zak ketika itu.

“Sebaik tiba di h0spital, saya sempat meminta maaf kepada bapa selain turut memberitahunya yang ibu sudah meningg4l duni4 walaupun bapa ketika itu sudah tidak sedarkan diri.

“Bagaimanapun, bapa disahkan meningg4l duni4 pada 8.50 malam oleh doktor akibat ser4ngan j4ntung dan kami sekeluarga reda dengan pem3rgian dua insan tercinta pada hari yang sama,” katanya.

Menurutnya, arwah bapa dimasukkan ke HSAH pada malam Sabtu lalu selepas mengadu s4kit dada sebelum dia ditidurkan ketika menjalani rawatan.

“Arwah bapa sempat menghubungi saya sebelum berbuka puasa memaklumkan yang dia dalam perjalanan ke h0spital bersama rakannya kerana s4kit dada.

“Saya sempat bertemu dengannya di h0spital sebelum dia ditidurkan dan doktor ketika itu sudah memberitahu yang keadaan bapa sangat t3ruk,” katanya.

Jen4zah Allahyarhamah Norsah dik3bumi selepas solat Asar semalam, manakala jen4zah Allahyarham Mohd Fakri dikebumikan pada 12.10 tengah malam tadi di Tanah Perkub0ran Islam Kampung Kolam, Guar Chempedak.

Kedua-dua jenazah dikebumikan bersebelahan antara satu sama lain dengan turut mendapatkan khidmat Skuad Hang Cangkul Murtadha Dakwah Centre (Madad) bagi memudahkan urusan peng3bumian dilakukan.

Sumber: Harian Metro