“Belum tiba masanya lagi…” Shuib minta netizen jangan ‘kenenkan’ dirinya dengan rakan artis

 


Pelakon dan pelawak terkenal, Shuib Sepahtu memberitahu dirinya tidak suka apabila dirinya cuba dipadankan dan dijodohkan dengan rakan artis.

Ini berikutan tularnya video dan gambar dia dan pelakon Zara Zya di laman Instagram sehingga menyebabkan ramai warganet cuba ‘menjodohkan’ mereka.

“Bagi saya, Zara Zya seorang yang manis orangnya. Itu sahaja yang boleh saya ulaskan mengenai dirinya.

“Tiada apa lagi yang boleh dikongsikan buat masa ini,”jawab Shuib ketika disoal mengenai hal tersebut.

Pun begitu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad menjelaskan ia adalah tidak manis dibincangkan kerana belum cukup setahun arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin meninggalkan dia sekeluarga.

“Saya sedar, ramai netizen dan orang ramai cuba ‘kenenkan’ saya dengan rakan industri dan sebagainya. Namun, apa yang boleh saya katakanya di sini adalah belum tiba masanya lagi.

“Bagi saya, seperti tidak manis untuk asyik berbicara mengenai perkara ini memandangkan arwah isteri meninggal dunia belum setahun lagi,”jelas Shuib.

https://www.instagram.com/p/Cb11-b-lcKD/

Selain Zara Zya, terdapat juga warganet cuba ‘menjodohkan’ usahawan Bubble Bee itu dengan penyanyi Siti Noordiana dan pelakon Wan Sharmila.

Sumber: Astro Gempak (Izwan Isa)