Persimpangan maut tanpa lampu isyarat, ” Ragut nyawa adik Hakimi otw ke sekolah ”


Perjalanan seorang remaja lelaki 16 tahun ke sekolah bertukar tr4gedi apabila motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Persiaran Mahogani – Jalan Rimba Riang 9/1, Kota Damansara di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Petaling Jaya menerima laporan kejadian itu jam pada 7.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Petaling Jaya menerima laporan kejadian itu jam pada 7.30 pagi.

Siasatan awal mendapati kem4langan itu berlaku jam 7.25 pagi ketika m4ngsa Mohd Hakimi Zailani berusia 16 tahun berkenaan yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR dalam perjalanan ke sekolahnya dari Jalan Kuala Selangor-Kepong menghala ke Kota Damansara.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang m4ngsa mel4nggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina dari arah hadapan ketika MPV itu mahu masuk simpang kanan Jalan Rimba Riang 9/1, katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, remaja berkenaan disahkan men1nggal dunia di tempat kejadian.

Mengikut sumber penduduk setempat persimpangan ini kerap berlaku kemalangan disebabkan ketiadaan lampu isyarat.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) dan saksi kejadian diminta tampil ke balai berhampiran untuk membantu siasatan.

Saksi kejadian dimohon tampil ke balai polis berhampiram atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Navalan Ravindran di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan, ujarnya.Al fatihah.