Plakon Eyra Hazali P0hon D0a Orang Rmai. Ini Keadaan Trkini Anak Llaki Bliau


Pelakon, Eyra Hazali memaklumkan anak sulungnya, Muhammad Hayder Qhalish telah mendapatkan ra.watan di sebuah h.ospital swasta di Johor Bahru selepas dilaporkan mengalami gejala m.untah-m.untah dan c.irit-b.irit.

Bagaimanapun, Eyra atau nama sebenarnya, Hazirah Qasdina Hazali memberitahu, anaknya itu tidak dapat dimasukkan ke h.ospital berikutan kapasitinya yang penuh.

Sekadar info, Hazirah Qasdina Eyra Hazali merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Memulakan kerjaya lakonan sejak kecil, Eyra terkenal dengan watak lakonannya sebagai Nisa Ardina dalam siri drama Mr. Grey.

Beliau menerima anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Anugerah Sri Angkasa 2010 menerusi telefilem Anak-Anak Lorong.

Keluarga Eyra merupakan orang ternama dalam bidang seni. Bapanya, Hazali merupakan pengarah drama TV terkenal, malah adik-beradik beliau termasuk abangnya, Haziq Aqmal juga bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak kecil.

Doakan Cepat Sihat

“Hayder m.untah-m.untah dan c.irit-b.irit. Sekarang masukkan d.rip dulu sebab h.ospital semua penuh. Doakan Hayder cepat sihat ya,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Takzim, Haziq Nazli itu menerusi akaun Instagram anaknya Hes.journal.

Dalam pada itu, Eyra turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesembuhan buat anaknya itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa risau selain turut memberikan kata semangat buat Eyra dan suaminya.

Allahu, semoga lekas sembuh h.andsome boy. Ala kes.ian dia. Get wellsoon Hyder sayang. Stay strong handsomeboy. You still cute. Syafakallah buat handsomeboy and good boy Hayder. Semoga Allah sembuhkan Hayder.

Terdahulu, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Muhammad Hayder Qhalish dan Muhammad Endra Haqimie.

Sumber: Online Malaya