Tak sempat ziarah mertua, ” Guru Besar Ustaz Nik Zulkiflee meninggal lepas pengsan di Masjid


Seorang guru pengsan di Masjid Baru Benta, di sini, semalam sebelum disahkan men1nggal dunia.

Mangsa yang merupakan seorang Guru Besar lebih mesra dengan panggilan Ustaz Nik Zulkiflee Nik Yusof, 48, yang pengs4n dikejarkan ke klinik kesihatan berdekatan sebelum disahkan men1nggal dunia pada jam 4.05 petang semalam.

Difahamkan Allahyarham bertugas di sebuah sekolah rendah agama di Kota Bharu, Kelantan dalam perjalanan bersama keluarga untuk bercuti di rumah mentua di Negeri Sembilan.

Dukacita dimaklumkan Ustaz Nik Zulkiflee Bin Nik Yusof – Guru Besar STAR telah kembali ke rahmatullah, petang tadi 05 JUN 2022 (Ahad).

Seluruh Warga STAR ( SRA Tengku Amalin A’ishah Putri) mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Marilah sama-sama kita doakan semoga Allahyarham diampunkan dan ditempatkan bersama para solehin.Amiin.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un, Semoga Allah Swt. mengampuni segala dosa dan menerima amal ibadah Ustaz Nik Zulkiflee, Terkejut dan sedih menerima perkhabaran ini, bekas rakan seperjuangan di SK AU Keramat.

Kami sekeluarga turut berdukacita dan turut merasakan kesedihan yang mendalam,Sesungguhnya Allah memiliki hak untuk memberi dan mengambil sesuatu dari hamba-Nya kerana segala sesuatu tersebut hanyalah sebuah titipan. Semoga isterinya Zamiah Mohd Yusof diberikan kesabaran dan ketabahan atas kepergiannya -Abdullah Mustaffa.

Ketika kejadian Ustaz singgah sebentar di masjid ketika dalam perjalanan untuk kerumah mertuanya diNegeri sembilan.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, polis menerima panggilan memaklumkan M4ngsa pengsan di Masjid Baru Benta.

M4ngsa dibawa ke klinik kesihatan oleh orang ramai untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia, katanya.Al fatihah.