Gara2 salah eja perkataan ‘sosial’, remaja 15 tahun maut dipukul guru
Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dilaporkan maut akibat dipukul dan ditendang oleh guru sekolahnya.
Memetik laporan Alarabiya, mangsa yang dikenali sebagai Nikhil Dohre didakwa dipukul sehingga tidak sedarkan diri sejak awal September lalu.
Difahamkan, tindakan seorang guru memukul anak muridnya dengan sebatang besi dan menendangnya adalah disebabkan mangsa dikatakan salah mengeja perkataan ‘sosial’ ketika dalam peperiksaan.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan namun disahkan meninggalkan dunia di hospital utara negeri Uttar Pradesh, India akibat kecederaam yang dialaminya itu.
Menurut pegawai polis, Mahendra Pratap Singh, guru terbabit disyaki telah melarikan diri dan pihak berkuasa kini sedang giat melakukan siasatan bagi menjejaki dan menahan suspek.
“Dia dah lari tapi kami akan menangkap dia secepat mungkin,”ujar Mahendra Pratap Singh.
Selain itu, sumber mengatakan kematian remaja berkenaan mendapat perhatian ramai masyarakat setempat di India di mana ratusan penduduk telah berkumpul di jalanan bagi membantah perlakuan kejam terhadap mangsa.
“Kami menggunakan kekerasan untuk menghalang penduduk merusuh mengenai hal tersebut. Keadaan kembali terkawal seperti sediakala,”jelasnya.
Tambahnya lagi, penduduk mendesak pihak berkuasa supaya segera menjejaki suspek sebelum mayat Dohre dibakar dalam upacara pengebumian.
Sumber: Alarabiya