Sebak! Shuib kongsi video momen beritahu anak2 tentang pemergian Siti Sarah

 


Sewaktu pelawak dan juga usahawan terkenal, Shuib Sepahtu ditemubual selepas pengebumian isterinya di tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak, dia memaklumkan yang anak-anaknya masih belum mengetahui bahawa Siti Sarah sudah tiada.

Dia juga mengakui seikit gusar untuk berhadapan dengan perkara itu, namun harus menguatkan hati bagi memberitahu kebenaran sebenar kepada ketiga-tiga anaknya.

Dalam IG live Shuib petang semlaam, dia ada menceritakan bagaimana anak-anaknya mulai bertanya mengapa wajah ibu mereka terpampang di media sosial dan ramai mengatakan yang Siti Sarah sudah meninggal dunia.

Muat naik video beritahu anak2

Justeru itu, menerusi akaun Instagram allahyarham isterinya, Shuib telah memuat naik momen yang sempat dirakam saat anak-anak mengetahui kebenaran.

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Dengan tenang, Shuib mengumpulkan anak-anak dan memberitahu dengan begitu hemah berkenaan pemergian ibu mereka.

ADVERTISEMENT

Jelas tergambar wajah terkejut dan masing-masing mulai menangis teresak-esak apabila mengetahui hal sebenar sehingga pelawak tersebut juga terasa sebak.

ADVERTISEMENT

“Ibu tak akan balik dah..Ibu dah tak ada tau..kita dah tak jumpa ibu. Ibu dah tak ada dekat dunia tapi ibu dah ada dekat syurga..” tuturnya lembut.

Shuib dengan tenang memeluk anak-anaknya dan menenangkan mereka dari menangis selepas dimaklumkan perkara sebenar.

Terus kuat Shuib

Ramai mengakui tidak sanggup melihat reaksi anak-anak pelawak tersebut setelah mengetahui sudah kehilangan ibu tercinta dalam sekelip mata.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah menitipkan kata-kata semangat agar Shuib terus kuat dan menjadi ayah yang baik dalam membentuk anak-anak seperti yang dipesan oleh allahyarham isterinya agar mereka semua membesar menjadi anak yang soleh serta solehah.

ADVERTISEMENT

Ya Allah! sebak tengok mereka masih kecil

Sangat meruntun jiwa

Sumber: Instagram sitisarahraissuddin