Akibat Wabak C0v1d-19 , Keluarga Ini K3hilangan Dva Insan Tersayang

  

Akibat C0vid-19 , Keluarga Ini K3hilangan Dva Insan Tersayang .

MELAKA – Pandemik Covid-19 yang melanda menjadi sejarah hitam bagi seorang lelaki di Kampung Bukit Datuk A, Bukit Rambai, di sini apabila kehilangan dua insan tersayang dalam tempoh seminggu disebabkan wabak itu.

Bapa kepada lima orang anak, Mohd Hamka Abdul Rahman, 40, berkata, bapa mertuanya Allahyarham Osman Ab Bakar, 75, dan abangnya Allahyarham Shamnor Abdul Rahman, 47, telah meninggal dunia selain 47 daripada 57 ahli keluarganya disahkan positif Covid-19.

Menurut Mohd Hamka, sehingga kini seorang kakak iparnya masih menerima rawatan di Hospital Melaka selain anak buah ditempatkan di PKRC MITC.

Katanya, mereka sekeluarga menyangka perubahan bapa mertua yang kerap mandi dan seperti nyanyuk disebabkan tindak balas suntikan dos kedua vaksin sehari sebelum Aidiladha, namun sebenarnya jangkitan Covid-19.

“Kami sendiri tak tahu punca arwah boleh dijangkiti namun pada hari keempat kami menghubungi ambulans selepas kesihatan bapa mertua semakin merosot.

“Bapa mertua kemudian melakukan ujian saringan di Hospital Melaka dan disahkan positif Covid-19 sebelum men1nggal dunia pada 30 Julai lalu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Mohd Hamka berkata, sebelum bapa mertuanya disahkan Covid-19, dia sekeluarga menziarah rumah ibunya di Bertam Malim memandangkan abang kandung terlantar sakit.

Katanya, selepas mengetahui bapa mertua positif Covid-19, dia sekeluarga kemudian menjalani saringan dan hampir kesemuanya dijangkiti Covid-19 termasuk keluarga ibunya di Bertam Malim.

“Belum reda kesedihan pemergian bapa mertua akhir bulan lalu, Sabtu lalu kami sekeluarga sekali lagi diuji kehilangan abang kedua daripada tujuh beradik,” katanya yang akan memotong gelang kuarantin pada Selasa.

Tambahnya, apa yang diharapkan ahli keluarga yang masih dirawat di hospital diberikan kesembuhan dan bersama-sama mengekang penularan pandemik ini.

“Tolong keluar bila perlu sahaja dan jaga SOP (prosedur operasi standard), kerana ini realiti terjadi kepada keluarga kami,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Sinar Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak MajalahSinar tidak  bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih