Gugurnya wira negara, ” Kenali juruterbang hebat Kapten Affendi Bustamy ”


Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terbvnuh dalam insiden pesawat pejuang Hawk terhempas semalam merupakan pemenang Anugerah Green Endorsement menerusi Anugerah Inovasi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Berdasarkan laporan di portal rasmi TUDM, Mohamad Affendi diberikan anugerah itu sebagai pengiktirafan kerana berjaya melakukan tindakan yang membolehkan pesawat berhenti dengan selamat tanpa kemudaratan.

Penyampaian anugerah itu dilakukan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad bertempat di Auditorium AWC, Pangkalan Udara Subang, Selangor pada minggu lepas.

MalaysiaGazette semalam melaporkan seorang juruterbang maut manakala seorang lagi cedera selepas pesawat pejuang Hawk milik TUDM terhempas kira-kira pukul 10.07 malam.

Markas Tentera Udara dalam satu kenyataan mengesahkan identiti mangsa maut sebagai Kapten Mohamad Affendi Bustamy manakala juruterbang yang cedera, Mejar Mohd Fareez Omar.

Mejar Mohd Fareez kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) manakala jen4zah Kapten Mohamad Affendi turut dibawa ke hospital sama untuk proses bedah siasat.

Difahamkan proses bedah siasat akan dijalankan pukul 9 pagi ini,
Saksi kejadian pesawat Hawk 108 yang terhempas di landasan Pangkalan Udara di Butterworth di sini malam tadi mendakwa mendengar dua letupan kuat sebelum melihat api marak di atas landasan.

Seorang peniaga kedai makan di Kampung Benggali, Sungai Puyu, di Butterworth, Mastura Mohammad Nordin, 44, berkata, dia mendengar deruan pesawat yang agak kuat berbanding kebiasaan kerana kedainya terletak berdekatan pangkalan udara itu.

Saya dengar bunyi agak lain berbanding kebiasaan ketika pesawat masih di udara kerana sudah biasa dengan bunyi pesawat.

Ketika ia hampir mendarat saya dengar dua dentuman yang sangat kuat sebelum melihat api marak ketika terhempas,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Mastura, ketika kejadian dia sedang mengemaskan gerai masakan tomyam yang diusahakannya untuk pulang ke rumah yang terletak berdekatan.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam pada itu akan menjalankan siasatan teknikal susulan nahas pesawat Hawk 108 malam tadi.

Timbalan Panglima Tentera Udara Leftenan Jeneral Datuk Mohd. Asghar Khan Goriman Khan berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden terbabit.

Kita akan buat siasatan terperinci, jawabnya ringkas ketika ditemui pemberita di pekarangan Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini awal pagi tadi.Al fatihah.