Innalillahwainnailaihirojiun, Salam T4kziah Nenek Mahani, Semoga Tabah Dengan Kehilangan 2 Insan Tersayang, Berat Betul Ujian, Semoga Arwah2 Dit3mpatkan Dikalangan Orang2 Yang Beriman Dan Di4mpuni Dosa2nya, Aamiin


Innalillahwainnailaihirojiun, Salam T4kziah Nenek Mahani, Semoga T4bah Dengan Kehilangan 2 Insan Tersayang, Berat Betul Ujian, Semoga Arwah2 Dit3mpatkan Dikalangan Orang2 Yang Beriman Dan Di4mpuni Dosa2nya, Aamiin

“H1lang dua orang tersayang dalam masa 48 jam sememangnya sesuatu yang menyedihkan, namun terp4ksa menerima hakikatnya walaupun berat untuknya,” kata Mahani Hamid.

Mahani, 68, adalah nenek kepada Nur Alisha Safiya Mohd Azlin, 7, murid Tahun Satu yang meninggal dunia selepas dilanggar van sekolah dinaikinya di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi pada Jumaat.

Pagi tadi, suaminya, Saad Hashim,70, yang menghidap kencing manis sejak 10 tahun lalu meninggal dunia pada 4 pagi di kediamanya di Felda Keratong 5, Bandar Tun Razak, Pahang.

Berkongsi perasaannya, Mahani berkata, berat untuknya menerima pemergian suami dan cucu tercinta dan dia mengakui hilang tempat mengadu walaupun masih mempunyai lima anak dan cucu.

“Semalam, saya menziarahi cucu yang meninggal dunia akibat kemalangan di langgar van sekolah dan hari ini suami pula meninggalkan kami buat selama-lamanya.

“Saya sempat menatap wajah cucu sebelum disembahyangkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, namun tidak dapat mengiringi jenazah ke perkuburan kerana teringatkan suami dan ketika itu sudah malam dan mahu terus pulang ke kampung.

“Kini tinggal kenangan dan hanya anak, menantu dan cucu saja yang menjadi tempat saya mengadu nasib,” katanya.

Jenazah Saad akan dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Islam Keratong 4 dan 5 Bandar Tun Razak.

Sementara itu, anak keempat Mahani, Anom Suhana, 40, berkata semalam dia bersama keluarga menziarahi keluarga abangnya di Sepang.

Menurutnya,selepas menziarahi jenazah Alisha sepatutnya mereka terus pulang ke Pasir Gudang, namun ibu beriya-iya mengajak mereka pulang ke kampung.

Katanya, mereka bertolak dari Putrajayapada 8.30 malam bersama ibu diringi sebuah kereta lain dinaiki kakaknya bersama keluarga dan tiba di kampung kira-kira tiga jam kemudian.

“Ketika sampai di kampung arwah ayah kelihatan seperti biasa, manakala pada 4 pagi ibu memaklumkan ayah sudah meninggaldunia.

“Saya tidak menyangkarupa-rupanya ajakan ibu untuk singgah di kampung itu adalah bagi bertemu ayah buat kali terakhir dan kami reda dengan ketentuan Allah SWT kehilangan dua ahli keluarga dalam jangka masa yang dekat,” katanya.

Sumber:hmetro