AKU BAWA IBU Y̷ANG S̷AKIT KE RUM̷AH, ISTERI B̷ENCI. IBU M̷OHON ̷AMPUN, ‘MENYEMB̷AH’ ISTERI J̷ANGAN TINGG̷ALKAN AKU


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.

Tak terungkap dengan kata kata, tak ternilai seribu bahasa yang aku ingin luahkan disini.

Aku hampir giila jika tidak ada tempat untuk meluah. Terima kasih Admin kerana sudi siarkan luahan aku ini.

Aku seorang suami dan juga anak lelaki tunggal kepada seorang ibu yang sudah uzur.

Azie, isteri yang paling kusayangi, mengahwininya adalah satu anugerah yang Maha Esa. Permulaan hidup kami indah bagai di syurga. Waktu itu aruwah Ayahku masih ada dan ibu masih sihat tubuh badan.

Kami dikurniakan anak kembar lelaki dan perempuan semua berjalan dengan lancar dan akulah insan yang paling bertuah kerana memiliki keluarga yang sempurna.

Sehinggalah C19 meragut kebahagiaan kami sekeluarga. Allah mengambil ayahku kembali disaat kami belum bersedia.

Ibu terselamat dari wabak durjana itu dan aku mengambilnya dan duduk dirumah kami.

Permulaannya perjanjian hanya untuk sementara waktu, tetapi kesihatan ibu semakin merosot kerana d3presi, aku tidak dapat meninggalkannya keseorangan.

Syukur aku bekerja sendiri, aku dapat meluangkan masa dan menjaganya dirumah sendiri.

Mula mula isteriku Azie dapat menerima ibu dirumah. Dua bulan pertama ibu menjaga anak anak kami. Dan Azie cukup gembira.

Tapi apabila kesihatan ibu merosot, aku melarang dia menjaga anak anak kami. Dan itu menyebabkan Azie bermasam muka.

Dia merungut kepadaku, sudahlah kos kehidupan kami bertambah kerana ibu berada disini, anak anak pulak terpaksa dihantar ke taska kembali kerana ibu sudah tidak mampu menjaga mereka.

Azie pulak anak kesayangan ibu dan bapa mertua. Sejak dulu lagi bapa mertua aku memang melarang Azie bekerja hakta dirumah pun dia dilarang memasak.

Aku tidak kisah kerana memang tanggungjawab seorang suami untuk menyediakan semua.

Dan aku tidak risau dengan rezekiku kerana keberkatan menjaga ibu aku merasakan rezeki semakin bertambah. Tapi tidak bagi Azie. Hari hari dia balik kerumah ibunya kerana rimas ibuku dirumah.

Para pembaca sekalian. Adakah aku sebagai suami yang gagal?

Adakah aku berdosa kerana aku tidak dapat menjaga dua dua hati wanita yang paling kusayangi?

Ibu semakin muram dan tahu rumahtangga kami berantakkan dan mohon untuk kembali kerumahnya. Ibu pulak yang memohon ampun kepada Azie kerana tidak mampu menjaga anak anak kami.

Luluh hatiku bila ibu berkata begitu dan seperti menyembah Azie supaya jangan meninggalkanku.

Katanya lagi, nyawanya hanya tinggal sedikit dan dia risau akan diriku kalau aku bercerrai dengan Azie. Aku akan keseorangan.

Ya Allah ya Tuhanku. Setiap kali didalam solat aku memohon supaya dilembutkan hati Azie.

Azie tidak perlu pun untuk menjaga ibu dan memasak untuknya kerana aku melakukan semua kerja dirumah ini kerana ingin menjaga hati kedua dua wanita ini.

Ibu hanya perlukan sedikit masa denganku dalam keadaan C19 seperti ini, manalah aku mampu untuk tinggalkan ibu di Terengganu dan kami di Negeri Sembilan?

Aku dengar tangisan ibu dibiliknya agar nyawanya diambil supaya tidak menjadi masalah kepadaku.

Demi Allah ibu adalah ratu hatiku dan ini adalah tanggungjawabku untuk menjaganya. Untuk Azie aku telah lakukan segalanya untuknya.

Tapi mungkin ada kekurangan yang aku tidak sedari. Aku sudah cuba untuk bercakap dengannya tetapi dia tetap meletakkan syarat kepadaku untuk menghantar ibu pulang ke Terengganu.

Para pembaca sekalian, aku mohon pendapat kalian tak kira negatif atau positif kerana aku tidak mampu luahkan kepada sesiapa kerana ingin menjaga aib.

Aku maafkan semuanya sekiranya ceritaku memberikan pendapat negatif. Dan aku jugak ingin meminta maaf sekiranya ceritaku ini menyebabkan ketidakselesaan para pembaca terutamanya wanita.

Sekian corehan hatiku…

Reaksi Warganet

Karya Nurull –
Isteri boleh dicari ganti, tapi IBU itulah satu satunya yang akan kamu miliki di sepanjang hayat ini.

Dia yang mengandungkanmu selama 9 bulan, melahirkanmu dengan bertarung nyawa, drah dan airmata, membesarkanmu. Cukup banyak pengorbanan seorang ibu yang tak ternilai. Selagi masih ada hayatnya, bahagiakanlah dia hingga ke nafas terakhir.

Genting FTS –
Dear Azie, ibu bapa awok pun tak selamanya sihat kaknon. Nant bila mereka sakit mesti kau buang dan hantar ke rumah orang tua kan.

Dear Makpak Azie, korang tak selamanya sihat. Nanti korang sakit korang rasa apa ilmu yang awok ajar dekat Azie untuk handle awak bila sakit.

Dear confessor. Amik lah orang gaji untuk fokus jaga ibu. Kalau mampu. Kalau tak mampu amik yang harian je. Bila kau balik kau jaga sendiri.

Tapi make sure masa untuk kau dengan anak anak pun ada supaya anak kau boleh ada sifat baik untuk jaga kau jugak bila sakit dan buang isteri kau ke Rumah orang tua bila dia sakit..

Emma Hasyim –
Senang nya hidup jadi isteri awak ye. Hadiahkan jelah seorang pembantu untuk dia untuk tolong jaga anak anak awak dirumah.

Takpun carikan jelah madu sorang baru terduduk isteri awak tu. Kalau sampai anak dah besar tapi masih kuat complain pasal ibu mertua sendiri yang tua dan keseorangan, dia sejenis tak ada empati, jangan nak letak harapan tinggi sangat yang isteri tu boleh berubah 360 darjah.

Awak pon terlampau baik dan isteri terlampau dimanjakan. Tengok gaya kalau awak tegur dan nasihat pon sama je, lagi dia lari balik rumah makpak dia ada ler.

Madamme Que –
Confessor. Tolong tegas dengan isteri. Toksah duk pujuk rayu. Tegas, tapi berhikmah la. Jangan tengking. Cakap baik baik dengan nada tegas.

Ibu awak bukannya ada karenah. Wife awak dapat mertua yang baik pun seribu rahmat. Kenapa tak bersyukur? Sekelumit pun kasih sayang dan perhatian awak tak berkurang pada wife walaupun mak awak di rumah.

Kalau saya jadi awak pun saya tetap akan hantar anak ke taska/pengasuh sebab tak tergamak biar mak saya jaga anak anak saya dengan usia sebegitu. Main dengan cucu, takpe. Mengasuh, no. Kesian. Tak sampai hati.

Tegaslah dengan wife awak. Suatu hari dia juga akan uzur. Andai anak lelaki dia mengabaikan dia nanti, apa perasaan dia?

Kalau masih berdegil juga, tak salah saya, dalam Islam, boleh asingkan tidur dari isteri untuk bagi pengajaran dekat dia secara halus. Betulkan saya kalau tersalah.

Kalau keras kepala jugak.. Cakap kat dia.. Ramai lagi yang boleh terima awak dan mak kat luar sana

Jeera Jasme –
TT.. Cuba bawak berbincang, tegur isteri. Saya rasa TT ni bagus cuma tak cukup tegas.

Lagi satu TT, cuba tt terangkan kalau benda yang sebaliknya jadi dekat isteri tu(kalau mak dia sakit, TT as suami tak bagi jaga mak dia, TT tak bagi balik tengok mak, apa dia rasa..) Bincang elok elok dengan lemah lembut.

Kalau ikut pengalaman saya la orang ego dan ikut kepala dia ni dua cara je sy buat,

1. biar kan dia melingkup dulu(hahaha.. kasau bahasa aku) baru explain dekat dia itu ini

2. Bagi explanation betul betul, suruh dia pulak imagine ada kat tempat kita.

No. 2 ni kena bagi nasihat ikut hukum gak, memang TT wajib jaga mak kan. Kadang kadang kita ni manusia terlupa peranan dan kewajipan masing masing serta kurang empati pada pihak lain.

Semoga TT berjaya dan semoga isteri TT lembut hati. Eh, lagi satu tanggungjawab jaga anak anak tu diri sendiri, bukan mak kita dan bukan mak mertua.

Sumber – Farizi (Bukan nama sebenar) via IIUMC Kredit: edisimedia