Tvlar Rakaman Pensyarah Universiti Marah Pelajar Sebab Tak Ada Komputer “Sebab tu aku tak boleh duduk dengan b40”


Perkembangan teknologi telah mempengaruhi pelbagai sudut kehidupan manusia sehingga mengubah gaya hidup masyarakat konvensional menjadi lebih progresif dan global.

Antara ciptaan teknologi yang memberi impak yang sangat besar kepada kita adalah komputer. Secara umum, komputer adalah peralatan elektronik yang menerima masuk data, mengolah data dan memberikan hasil keluaran dalam bentuk informasi berbentuk gambar, teks, suara atau video.

Kini ia telah menerima inovasi sehingga tercipta pelbagai variasi komputer seperti komputer riba dan tablet. Kepelbagaian jenis komputer ini telah dicipta bagi memenuhi kehendak pengguna yang menggunakan gajet ini pada perkara yang berbeza sama ada untuk pekerjaan, permainan atau pembelajaran.

Tular video pensyarah universiti awam dipercayai memarahi pelajarnya kerana tidak mampu memiliki komputer riba. Sifatkan golongan B40 tak pentingkan pelajaran.

Berikut antara nasihat Prof tersebut kepada Pelajar

“Kau pakai apa, kau pakai phone”

“Mana kau punya komputer”

“Kau tinggal kat mana? bapa kau kerja apa? mak kau kerja apa?”

Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas, pergi jual beli komputer”

“Pasal kau tak boleh belajar dengan baik sebab kau tak ada komputer”

“Semester 5 kau tak ada komputer, Aku sanggup tak ada pakaian, aku ada 5 helai sahaja pakaian, komputer sangat penting kepada aku”

“Selepas ni aku akan ajar kau Excell sebab tu kau akan jadi drop out student sebab tak ada komputer”

“Komputer harga rm800 sahaja, apa masalah kau”

“Sebab tu aku tak boleh duduk dengan b40, Sebab mereka lebih memikirkan pasal lain selain daripada pelajaran”

 

Setakat artikal ini di tulis, video tersebut telah mendapat sebanyak 7.5 ribu reaksi, 3.3 ribu perkongsian dan 5.3 komen dari netizan

Berikut reaksi dari netizan

“Sesiapa kenal pelajar laki ni, suruh dia hubungi saya. Saya nak bagi laptop percuma. InsyaAllah ada rezeki lebih Allah bagi, saya nak kongsi sedikit dengan dia.” komen Cikgu Fadli Salleh


“Jagalah tutur kata dgn sebaik mungkin..sepatutnya Prof tidak mengeluarkan kata2 sedemikian rupa.kita tidak duduk d tmpt student tu..semoga ALLAH limpahkan rezeki yg mencurah2 pada student ni..buat student ni..kuatkan iman..tabahkan hati..cekalkan diri..anggaplah semua ujian ini utk kau terus melangkah ke hadapan..”

“Kesian kat pelajar tu….makcik ni ada masalah peribadi ni sebenarnya…..belajar bersungguh ye dik…..jadikan ini sebagai satu semangat dan cabaran utk kamu…..semoga Allah sentiasa lindungi kamu”

“Indahnya bahasa kau…. Seindah nama huhuuu…..zaman lani tak mcm zaman dulu2 zaman dulu guru menegur dgn bahasa yg baik tak hairan lah kenapa guru dulu2 di hormati anak murid…sabar yer dik teruskan usaha mu moga kejayaan menjadi milik mu…”

“Kalau dia tak pentingkan pelajaran dan ilmu…takkan dia sampai ke universiti…byk halangan lain di luar sana….apa kta tolong belikan…sedekahkan….bawa pegi baitulmal…minta bantuan…bukan dgn cara lancarnya percakapan kita…..sampai satu masa percakapan kita tidak lg lancar…bru kita tahu…percakapan kita membuatkan hati org terasa….”

“Nasib dan rezeki setiap org tidak sama…..matlamat tidak pernah menghalalkan cara…Tunjukkan tahap adab yg tinggi sepertimana tingginya kelulusan dan pangkat kita…..
Moga Allah permudahkan urusan adik ini dan jadikan kata2 prof ini menjadi pemangkin utk adik ini lbh kuat dan lbh berusaha utk berjaya ..buktikan golongn b40 jgk ada masa dpn..”

Macam Dalam Filem

“cara lecturer tu cakap mcm dalam filem plak.. sy pernah kena camni suatu ketika dulu tapi bukan dgn lecturer tp dgn seseorang..tp ayat itu aku ingat sampai la..jadi pembakar semangat utk diriku.. dik sabar ye dik, doa je yg baik2 walau prof cakap camtu, pasti adik akan berjaya dunia akhirat satu masa nanti.Pasti adik akan merubah nasib keluarga adik insyaAllah..amiinn.. jadikan kata2 itu pembakar semangat..dont give up”

“Kalau dia tak pentingkan pelajaran dan ilmu…takkan dia sampai ke universiti…byk halangan lain di luar sana….apa kta tolong belikan…sedekahkan….bawa pegi baitulmal…minta bantuan…bukan dgn cara lancarnya percakapan kita…..sampai satu masa percakapan kita tidak lg lancar…bru kita tahu…percakapan kita membuatkan hati org terasa….”


Jika ditelusuri dengan mendalam, komputer telah memberi kesan yang positif terhadap penggunaannya dalam sektor pendidikan khususnya di institusi pendidikan.

Pelajar IPT B40 boleh mohon komputer riba, tablet percuma bermula 15 April

SANDAKAN: Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan membuka permohonan kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), kolej swasta, politeknik atau pelajar kolej komuniti untuk mendapatkan tablet atau komputer riba percuma pada 15 April ini.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebanyak 450,000 peranti dijangka diedarkan tahun ini melalui tiga fasa pemberian dengan pengagihan dibuat Jun depan.

Beliau berkata, kerajaan memahami kepayahan ibu bapa tidak berkemampuan untuk membeli peranti yang harganya mencecah ribuan ringgit.

Justeru, katanya mulai 15 April kementerian akan membuka satu portal dalam talian, di mana pelajar termasuk di luar bandar daripada kumpulan berpendapatan rendah (B40) boleh memohon, terutama sekali yang menerima tawaran masuk universiti atau sedang belajar di politeknik atau kolej komuniti.

“Beritahu mak dan ayah tak payah keluar duit beribu-ribu nak beli laptop (komputer riba) atau tablet..

“Mulai 15 April ini buat saja permohonan kepada kementerian secara online (dalam talian) dan kerajaan akan berikan tablet percuma,” katanya berucap ketika Program Santai Menteri Komunikasi dan Multimedia Bersama Keluarga Malaysia Daerah Sandakan, hari ini.

Beliau pada masa sama memberi jaminan peranti yang akan diberikan nanti berkualiti tinggi dan bukannya peranti ‘cap ayam’.

Dalam pada itu, beliau berkata seramai 100,000 orang diperlukan untuk menjadi duta komuniti yang akan membantu penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) menjelang pembukaan sempadan negara dan dalam tempoh peralihan fasa pandemik ke fasa endemik, seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kita akan ambil serta-merta dan boleh keluarkan watikah. Jadi pada 1 April nanti apabila pergerakan dibenarkan seperti biasa, kita harap duta komuniti sudah ada dalam masyarakat.

“Untuk pusingan pertama, seramai 30,000 akan diambil dan dijangka mencecah 100,000 mengikut keperluan.

“Justeru, orang ramai boleh ke pejabat penerangan daerah untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mendapatkan watikah pelantikan supaya tidak dipertikai kelak,” katanya.


Pelajar IPT dari keluarga B40 boleh mula memohon komputer riba, tablet percuma disediakan kerajaan secara dalam talian bermula 15 April ini (gambar hiasan) – FOTO BERNAMA

KREDIT: SIANR, BHARIAN