Allahu, pengemis kanak-kanak dip4ksa makan cili kalau mahu duit


Kadang-kadang, orang sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan duit lebih-lebih lagi dalam keadaan terdesak. Tetapi, ini tidak bermakna kita boleh mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain.

Baru-baru ni, seorang pengguna Facebook telah kongsikan video seorang kanak-kanak perempuan yang sedang mengemis di kaki lima sebelum didatangi oleh seorang lelaki.

Kejadian yang berlaku di salah sebuah negara Timur Tengah ini menunjukkan lelaki tersebut menawarkan kanak-kanak itu sejumlah wang dengan syarat dia perlu makan sebiji cili padi.

Dalam video yang dikongsikan ini, netizen ini tulis di kapsyen, “Sedih melihat orang kaya mempermainkan tangisan orang miskin. Anak ini sanggup tahan sakit dari pedas cili ni untuk dapatkan wang yang kecil jumlahnya. Hina betul orang kaya ni mainkan tangisan orang miskin dan anak yatim.”

Dalam video dekat bawah ni jugak korang boleh tengok budak ni sampai keluar air mata sebab tahan pedas, tapi orang yang ambil video ni gelak-gelakkan je sebab suka dapat kenakan budak ini.

Netizen turut meluahkan rasa tak puas hati dengan mengatakan tindakan ini sebagai penghinaan terhadap golongan miskin serta tak berperikemanusiaan.

Macam manalah mereka boleh rasa buat benda macam ni lawak? Tak faham betul.

Sumber: thereporter