Jamah sisa diludah isteri? Netizen anggap hilang maruah suami – “Menjijikkan..”


Tindakan seorang wanita ‘meludah’ sisa makanan ke pinggan milik seorang lelaki yang didakwa suaminya telah mengundang pelbagai kecaman netizen di media sosial.

Video TikTok dimuat naik semula di akaun Facebook ‘TikTok Viral Gadis Manis’ itu memaparkan wanita tersebut sedang menikmati hidangan ketam sebelum seolah-olah mahu menguji sikap suaminya.

Menerusi rakaman berdurasi 11 saat itu, wanita berkenaan bertanya sekiranya masih terdapat lelaki yang mampu menjamah sisa makanan daripada golongan wanita.

“Ada lagi ke lelaki yang jenis makan bekas (makanan) perempuan dia?” tulisnya menikmati makanan di sebuah restoran.

Selepas menggigit isi dan kulit ketam, wanita itu dilihat mendekatkan mulutnya ke pinggan lelaki berkenaan sebelum mengeluarkan sisa makanan yang sudah dikunyah untuk beberapa kali.

Malah, lelaki tersebut tidak menolak sebaliknya terus mengambil sisa itu dengan sudu sekali gus makan dengan penuh berselera.

Posting berkenaan dikongsi sebanyak 5,500 kali dan menerima 12,000 komen netizen dimana rata-rata menyelar perbuatan wanita itu yang dikatakan menjijikkan dan tiada adab terhadap pasangan.

Malah, terdapat juga segelintir individu mendakwa si suami juga ‘melayan’ demi konten dihasilkan untuk meraih perhatian ramai.

Sampai sisa suruh suami makan?

Selalu buat kat kucing je

Tiada adab, jatuhkan air muka suami

Bangga siap rakam!

Tak cium bau syurga…

Sumber: Facebook TikTok Viral Gadis Manis