“Kesian dapat laki tak guna” -Ramai bengang lihat wanita kena ‘bantai’ atas motor
Penunggang motosikal sememangnya antara kenderaan yang melalui jalan-jalan raya yang sesak. Jadi, para penungang perlu lebih berhati-hati ketika membawa motosikal lebih-lebih lagi jika ada pembonceng dibelakangnya.
Namun begitu, menerusi video yang tular di laman Twitter, sebuah motosikal yang dipandu oleh seorang lelaki dilihat agak mencurigakan apabila pembawanya seperti melakukan kekasaran kepada pembonceng.
Bantai wanita atas motor
Menerusi video yang dikongsikan Travel Jimat, dapat dilihat lelaki yang dipercayai adalah seorang suami seolah-olah sedang menyiku wanita dibelakangnya dengan kuat ketika berada di atas motosikal.
Tindakan tersebut berjaya dirakam dan dimuat naik ke laman sosial sehingga teruk dikecam netizen.
2 kali dia siku perempuan tu dkt atas motor. Ada budak kecil lagi.
Kesian pompuan yg dpt laki tak guna macam ni. pic.twitter.com/KClUl2UXCq— Travel Jimat (@TravelJimat) April 17, 2022
Dua kali kena siku
Apa yang membuatkan netizen panik selepas melihat rakaman video dari dashcam kereta dibelakangnya adalah kedudukan wanita itu yang hampir sahaja terjatuh selepas disiku sebanyak dua kali oleh lelaki tersebut.
Dalam keadaan motosikal yang sedang memecut laju, sudah tentu kejadian berkenaan boleh mendatangkan bahaya kepada wanita terbabit.
Angkat kaki je kalau laki jenis macam ni
Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata netizen telah meluahkan rasa geram selepas menonton video berdurasi 12 saat tersebut kerana merasakan lelaki berkenaan bukanlah seseorang yang bertanggungjawab.
Mereka juga sempat menitipkan pesan kepada para wanita yang belum berkahwin supaya elakkan diri daripada mendekati lelaki seperti itu jika enggan kehidupan sengsara selepas berkahwin nanti.
Kenapa ada lagi wanita yang nak stay dengan lelaki macam ni?
Biar kahwin lambat, asal tak salah kahwin
Memang ada lelaki macam ni
Dah jemu, atas motor pun bedal tak sempat tunggu sampai rumah
Apalah nasib akan tu nanti bila sampai destinasi
Laki macam ni patut kena tinggal je
Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang penjelasan atau pengakuan daripada pihak penunggang dan pembonceng tersebut kerana boleh jadi ada salah faham berkenaan video yang telah ditonton lebih dari 200 ribu viewers di Twitter.
Sumber: Twitter Travel Jimat