Suami Balik Tarawih, Isteri Melaung Minta Ampun Kantoi Bawa Lelaki Masuk Bilik


Suami Balik Tarawih, Isteri Melaung Minta Ampun Kantoi Bawa Lelaki Masuk Bilik

Walaupun isu isteri berselingkuh jarang menjadi kecoh berbanding jika perbuatan terbabit dibuat oleh suami, kita tidak dapat menafikan realiti ini benar-benar terjadi di luar sana. Kepercayaan seorang lelaki yang begitu mencintai ‘bidadari’ mereka seakan ranap sekelip mata apalagi hubungan terlarang itu disaksikan sendiri.

Terbongkar perbuatan isteri bawa lelaki lain masuk bilik

Sepulangnya dari ibadah sunat Muakkad itu, si suami kecewa besar apabila menemukan isterinya berdua-duaan dengan lelaki lain di dalam bilik tidur. Lebih mengejutkan, difahamkan teman selingkuhannya merupakan lelaki bujang yang usianya jauh lebih muda.

Kedengaran wanita itu melaung mohon maaf & bersujud di kaki

Kejadian pada malam Sabtu lalu itu menyaksikan wanita ini bersujud di kaki suami bagi memohon kemaafan dengan tangisan panjang. Pun begitu, lelaki berkenaan dikatakan enggan mengatakan apa-apa dan ia cukup menggambarkan rasa kecewa di hatinya melihat apa yang sudah berlaku. Menerusi laporan lainnya, lelaki itu turut meminta agar pemuda terbabit menelefon kedua-dua orang tuanya.

Suami balik tarawih tangkap isteri dengan lelaki muda

Ibarat peribahasa “ayam terlepas tangan bau tahi”, seorang wanita ini terpaksa menanggung perasaan malu besar apabila perbuatannya akhirnya diketahui oleh suami. Siapa sangka ketika lelaki itu sedang menunaikan solat tarawih di kawasan berdekatan, rupanya dia sedang melakukan benda tidak sepatutnya di rumah mereka.

Sumber : pnews