Anita Bahr̷on Syukur Anak Lelaki Minta Nak Belajar Di Tahfiz..”Allah Yang Bukakan H̷ati Dia..”


Pelakon Anita Baharom meluahkan kesyukuran apabila anak lelakinya, Mohamad Dhia Iskandar bersetuju untuk melanjutkan pelajaran di pusat tahfiz.

Menerusi sebuah posting di laman Instagram, pelakon berusia 39 tahun tersebut berkata, anaknya yang juga pelakon cilik berhasrat ke sana atas kemahuan sendiri dan bukan paksaan.

“Yang… (arwah suami), Dadar (nama panggilan anak) saya dah masukkan ke tahfiz, atas kemahuan dan persetujuan Dadar juga,” tulis pelakon filem Dunia Baru The Movie itu.
Berkongsi lanjut, Anita turut mendoakan anaknya yang berusia 11 tahun itu boleh menimba ilmu sebaik mungkin sekali gus dapat memberi syafaat buat dirinya dan arwah suami di akhirat nanti.

“Alhamdulillah masya-Allah. Allah bukakan hati dia.. Alhamdulillah
Semoga Dadar diterangkan hati dalam menghafal kalam Allah terus tersemat di jiwa sanubari..
“Baik adabnya, baik kelakuan. Anak soleh mummy daddy penenang pengejuk dan dapat memberi syafaat buat mummy daddy di akhirat kelak.. amin ya mujib
“Semoga awak (arwah suami) tenang dan happy di sana yang. Rumah sunyi tinggal bertiga,” luahnya seolah-olah hiba.
Meninjau ke ruangan komen, rakan artis dan pengikut turut menitipkan doa supaya Dhia Iskandar dipermudahkan urusan sepanjang mempelajari ilmu agama di pusat tahfiz berkenaan.

Moga dipermudahkanUrusan

Moga jadi anak yang soleh

Alhamdulillah.. cemerlang dunia akhirat

Terdahulu, Anita dikejutkan dengan pemergian suaminya Allahyarham Mohd Ismadi Ismail yang meninggal dunia akibat penyakit kencing manis pada 1 Januari lalu.

Hasil perkahwinan selama 16 tahun, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.

Sumber:Ohmm