Sempat Bers.AmaHanya 3 HariDi H0spitaI, Ibu Muda Ini ‘Pergi’ TlnggaIkan Anak YgMasih Kecil.
Satu perkongsian dari NGO pengurusan jenazah mengenai pengebumian seorang ibu muda yang meninggal dunia petang semalam, meruntun hati netizen.
Wanita bernama Nur Atyqah Yahya Jaya, berusia 28 tahun, menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan kuman selepas tiga hari menerima rawatan di hospital.
Baca perkongsian Mr Wan Cai Official di bawah:
Perkongsian lewat tentang pengurusan jenazah ibu muda yang dibawa pulang ke Kelantan. Jenazah yang dibawa menggunakan jentera rakan gabungan iaitu VJGM telah selamat dikebumikan pada pukul 06.45 petang tadi.
Selepas jenazah dipindahkan 3 rakan sukarelawan VJGM terus membawa jenazah ke tanah perkuburan islam Bandar Baharu Gua Musang. Dikebumikan diliang lahad separa bulan atau lebih dikenali dengan nama liang lahad sri bulan.
Pengurusan terakhir untuk ibu berusia 28 tahun sangat mudah. Berjalan lancar tanpa perlu menunggu lama untuk dikebumikan. Sempat pula dikebumikan sebelum masuk waktu solat Maghrib.
Aturan terakhir yang Allah tetapkan untuk ibu muda ini. Allahyarhamah Nur Atyqah Binti Yahya Jaya dimasukkan ke hospital Shah Alam sejak 3 hari yang lalu. Tetapi ibu muda ini telah dijemput seruan illahi pada pukul 10.30 pagi tadi.
Punca kematian arwah adalah disebabkan jangkitan kuman di dalam badan. Akibat dari jangkitan kuman itu beberapa organ dalamannya gagal berfungsi.
Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang cahaya mata lelaki berusia 1 tahun. Omar Lokman Bin Shahrul adalah nama anak mereka.
Kesian bila difikirkan nasib si anak kecil. Si anak masih tidak mengerti ibunya sudah pergi buat selama lamanya. Membesar si anak tanpa kasih seorang ibu.
Kehilangan isteri ataupun ibu bukan satu perkara yang mudah. Ini kerana si suami perlu menggalas 2 tanggungjawab serentak untuk menjadi ibu dan bapa kepada anaknya itu. Anak yang ditinggalkan oleh si ibu pula masih kecil.
Jika tidak kuat semangat pasti si bapa boleh tertekan. Seperti yang kita semua tahu di dalam sebuah keluarga seorang isteri memerlukan suaminya. Dan seorang suami juga sangat memerlukan isterinya.
Apabila meneruskan kehidupan tanpa seseorang yang bergelar isteri atau suami setelah hidup berumah tangga pastinya kesulitan akan dihadapi. Lagi lagi melibatkan urusan menjaga dan membesarkan anak anak.
Jika sebelum ini si isteri membantu menguruskan hal dirumah dan anak. Pasti keadaan akan menjadi lebih sulit apabila seorang suami tiba-tiba perlu menggantikan tempat tempat si isteri.
Tidak boleh dibayangkan kehidupan si suami selepas ini setelah kehilangan isterinya. Jika tidak kuat boleh gila dibuatnya. Saya sudah lihat bagaimana keadaan suami kepada arwah adik perempuan saya.
Berbulan menangisi pemergian isterinya. Sehingga diri tidak terurus. Tetapi nasib ada anak anak sebagai penguat semangat untuk kembali hidup seperti normal. Harap-harap suami arwah juga akan kuat.
Semoga juga tabah untuk meneruskan kehidupan bersama anak lelaki tunggalnya.
Buat pembaca, ayuh sama sama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Nur Atyqah Binti Yahya Jaya!
Sumber: wowberita