Janna Nick minta pendapat bila netizen persoal halal dan har4m rezeki artis. Ini nasihat padu Pu Syed


NIAT baik pelakon Janna Nick untuk membina sebuah pusat tahfiz dan anak yatim mengundang pertikaian dalam kalangan netizen. Mereka mempertikaikan sama ada boleh atau tidak Janna meneruskan niatnya itu dengan menggunakan duit hasil titik peluhnya sebagai anak seni.

Menjawab persoalan tersebut, pendakwah bebas PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 40, berkata bahawa manusia tidak berhak menilai tentang halal dan haram pendapatan seseorang. Malah, PU Syed menyokong tindakan aktres itu dalam melakukan amal kebajikan sebegini.

“Pertamanya kita patut bersyukur golongan artis mula sedar untuk membuka tempat pengajian al-Quran. Nabi Muhammad SAW ada menyebut sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar dan mengajar al-Quran. Orang yang membina tempat juga termasuk dalam golongan tersebut.

“Asasnya dia buat kerana Allah dan bukan untuk mendapat nama. Dia juga membuka peluang kepada masyarakat untuk menyumbang dan mengumpul pahala.

“Bukan bidang kita untuk mempertikaikan hasil kerja dia. Niat dia hendak buat perkara itu sangat baik dan kita harus beri sokongan. Semoga niat tersebut akan mengubah hidup dia dan juga sahabat-sahabat yang lain,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Janna, 27, berkongsi satu hantaran di laman Instagram miliknya bertanya pendapat orang ramai adakah duit hasil kerjanya selama ini adalah satu sumber yang haram. Sebelum ini, Janna meluahkan hasrat untuk membina sebuah pusat tahfiz yang diberi nama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.

Melihat kepada komen-komen negatif terhadap usaha tersebut, PU Syed berharap agar netizen bertenang dan bersikap lebih matang.

“Kita kini hidup dalam masyarakat netizen yang mudah mengeluarkan fatwa tanpa ilmu. Orang hanya menilai daripada latar belakang seseorang itu dan boleh bercakap apa sahaja daripada sudut zahir.

Janna bertanya pendapat ramai tentang sumber pendapatan sebagai artis.

“Mungkin perbuatan Janna ini untuk berhijrah dan dia sebagai seorang public figure boleh menarik ramai lagi orang untuk melakukan perbuatan yang sama.

“Kepada netizen… bawalah bertenang. Kalau benda buruk nak k3cam, takkanlah perkara baik begini pun nak k3cam juga.

“Kita kena berfikiran matang. Apa yang dia nak lakukan adalah perkara halal. Melahirkan orang-orang yang menghafal al-Quran itu adalah besar ganjarannya,” jelasnya.

“Longgarkan Sedikit Pakaian, Kesian Dekat Abang Dan Adik Tahfiz” – Netizen Tegur Cara Berpakaian Janna Nick

Sebelum ini, pelakon dan penyanyi popular, Janna Nick ada berkongsikan kepada peminat mengenai perancangannya untuk membina sebuah pusat tahfiz di di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.

Memilih Lokasi Di Tempat Membesar

Menurut perkongsian di Harian Metro, Janna memilih lokasi di Kampung Bukit Kechil kerana di situ merupakan tempat dia membesar selain memberi kepercayaan penuh kepada AJK masjid yang sememangnya ahli keluarga sendiri.

Janna berkata, pusat tahfiz yang diberi nama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah itu menelan kos kira-kira RM6 juta.

Berkongsikan Perkembangan Pusat Tahfiz

Meninjau di Instagram Janna, kelihatan Janna ada membuat lawatan ke tapak pembinaan pusat tahfiz yang merupakan tempat kelahirannya itu. Menurutnya lagi, setakat sekarang kos yang sudah dikeluarkan berkat sumbangan orang ramai adalah RM400,000 meliputi pembelian tanah seluas kira-kira 8,000 meter persegi dan tambak tanah.

Netizen Tegur Cara Berpakaian

Di ruangan komen, kelihatan netizen mengucapkan syukur dan mendoakan supaya proses pembinaan pusat tahfiz tersebut berjalan dengan lancar. Namun ada juga netizen yang menegur cara pemakaian Janna yang dikatakan sedikit ketat ketika membuat lawatan tersebut dan agak tidak sesuai dengan situasi.

Sekadar info, menurut Janna, sebaik sasaran kutipan dicapai pusat tahfiz dan anak yatim itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Biodata

1. Pemilik nama penuh Nurul Jannah binti Munir.

2. Lahir pada 1 Jun 1995 di Sungai Petani, Kedah, Malaysia. Berumur 24 tahun (2019).

3. Berketinggian 1.65 meter.

4. Anak kedua daripada empat adik-beradik. Abangnya, Mohamad Firdaus, manakala dua adik perempuannya ialah Nurul Balqish dan Nur Iris Rose Sofiea.

5. Sepupunya, Adam Lee juga merupakan pelakon.

6. Berdarah kacukan Cina, Pakistan dan Thai.

7. Sewaktu kecil, beliau pernah tinggal di Amsterdam, Belanda selama tiga tahun.

8. Kediamannya kini terletak di Kuala Lumpur.

9. Memulakan karier seni di usia sekitar 5 hingga 7 tahun sebagai model iklan komersial dan video korporat.

10. Bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA Pendang, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas dan Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota.

11. Sewaktu zaman persekolahannya, beliau aktif dalam pasukan sorak serta gemar memasuki pertandingan nyanyian.

12. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

13. Pernah ditawarkan menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, Perlis, namun menolak kerana ingin memberikan tumpuan kepada kerjaya lakonan yang diceburi.

14. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2012.

15. Merupakan pelakon, model, penyanyi dan pengacara.

16. Lakonan pertamanya menerusi telefilem Cinta Vlog, membawa peranan sebagai Risa, watak pembantu di sisi teraju utama, Aliff Aziz dan Wawa Zainal.

17. Pernah membintangi filem Kimchi Untuk Awak dan Kerja Kahwin. Juga telefilem, antaranya Sayang Suria, Mek Kelate, Tangisan Izara, Di Pintu Syurga, Trauma dan Enam.

18. Termasuk drama Jodoh, Kasih Berbisik, Syurga Nur, Kau Aku Kita, Jawatankuasa Kampung Kalut (J.K.K.), Biar Aku Jadi Penunggu, My Coffee Prince, Isteri Untuk Diiktiraf dan banyak lagi. Tidak ketinggalan teater Zombie La La La.

19. Pemegang trofi Aktres Pilihan (drama Kau Aku Kita) dan Pasangan Pilihan (bersama Saharul Ridzwan) di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016, Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30, Pelakon Wanita Sensasi di Anugerah Telenovela 2017 dan Aktres Pilihan (drama Biar Aku Jadi Penunggu) di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018.

20. Sebagai penyanyi, beliau memperjuangkan genre muzik Pop dan R&B.

21. Pernah merakamkan single Mungkin Saja (OST Suami Tanpa Cinta) dan Akan Bercinta (OST My Coffee Prince).

kredit: mstar. https://murai.my/ VIA http://trendingsangat.pw