Penumpang mengamuk, ‘azab’ berpanas dalam flight – “Bayar mahal2 kena sidai..”


Tular beberapa rakaman video di media sosial memaparkan para penumpang berada dalam kepanasan selepas mendakwa kapal terbang dinaiki mereka mengalami masalah teknikal.

Salah seorang penumpang, babahnadeen memuat naik dua video menerusi aplikasi TikTok meluahkan rasa tidak puas hati apatah lagi melihat kanak-kanak lain menangis sambil ‘dikipas’ oleh ibu bapa masing-masing.

Takde aircond? Azab berpeluh! Macam naik bas

Menerusi video berdurasi hampir seminit itu, dia mempersoalkan pihak pengurusan penerbangan tersebut mengapa tidak menukar sahaja kapal terbang lain daripada ‘menyeksa’ penumpang untuk terus ‘tersidai’ menahan kepanasan.

Berpeluh-peluh dah ni, tukar jelah kapal terbang. Gaduh gaduh, tarik rambut (perbualan antara pramugari dan penumpang lain). Panas azab, mamp*s,” katanya.

Berdasarkan satu lagi video, babahnadeen memaklumkan rupa-rupanya kapal terbang itu mengalami kerosakan sebelum memberikan pesanan sewajarnya kepada pihak bertanggungjawab.

Rosak rupanya! Terpaksa delay

“Kalau dah tahu macam ni, keluarkan dulu penumpang. Bagi keselesaan. Ni kau sidai lama-lama tu, mati la orang ada anak-anak kecil yang berpeluh dan menangis sampai buka baju.

“Peninglah! Bayar mahal-mahal, bukan murah. Macam ni punya perkhidmatan, boleh mati,” luahnya lagi.

Seorang lagi penumpang, nash_ruto juga berkongsi situasi sama dimana salah satu video dimuat naik meraih sehingga 4.3 juta tontonan selain ribuan komen netizen.

Sejam kami menunggu dalam kepanasan sebab aircond tak sejuk. Ramai budak menangis siap ada bukak baju. Ada yang hampir pengsan,” tulisnya.

Sebelum, semasa & selepas turun kapal terbang 

Menerusi penjelasan nash_ruto, difahamkan kejadian tersebut berlaku sekitar 10.35 pagi Ahad (semalam) ketika lokasi penerbangan menuju ke Sandakan.

Pramugari kata enjin baru start, sebab tu aircond belum sejuk? 

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan gangguan sistem dialami dalam kapal terbang berkenaan yang menyebabkan segelintir penumpang ‘mengamuk’ terhadap perkhidmatan penerbangan tersebut.

Sumber: TikTok babahnadeen & nash_ruto