Adik Nurqalesya & Adik Saiful Amry maut, ” Kereta bapa dirempuh treler otw jumpa ibu ”


Dua beradik men1nggal dunia selepas kereta dipandu bapa mereka dirempvh sebuah treler dari arah belakang di Kilometer 310.4 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sini pada awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian sekitar jam 2.30 pagi itu, Nurqalesya Adriana Jaafar, 12, m4ut di tempat kejadian manakala adiknya, Muhammad Saiful Amry, 9, men1nggal dunia di hospital.

Kejadian turut mengakibatkan bapa mereka, Jaafar Ahmad, 49, cedera di kaki kanan, sementara dua beradik yang lain masing-masing berusia 14 dan enam tahun ceder4 ringan.

Sebak luahan guru sekolah mereka ” Salam takziah,Mohon doakan semoga roh kedua-dua ranak murid kami dicucuri rahmat daripada Allah, mendapat perkhabaran yang amat mengejutkan pada pagi yang mulia ini. Segala aturan daripada Allah.

Anak murid yang disantuni kebajikan Dan mendapat Wang saku harian jni telah men1nggal dunia akibat kem4langan Jalan raya di Tapah pagi tadi.

Kakak di Tahun 6 merupakan atlit sekolah dan baru sahaja memenangi pingat emas dalam acara olahraga semalam. Dia juga merupakan olahragawati harapan sekolah.

Manakala adik lelaki merupakan anak murid aku di Tahun 3 dan aku guru kelasnya. Berkesempatan membawa mereka berdua membeli baju raya baru-baru ini. Tetapi Allah lebih menyayangi mereka berdua. Allah Allah Allah😭.

Kepada sahabat yang menyantuni dan membantu anak-anak ini aku dengan rendah diri mengucapkan ribuan terima kasih atas segalanya. Terima kasih atas segalanya.

Selamat tinggal Qaliesya dan Saiful Amry. Berlarilah kalian di taman Syurga Allah, Hanya tinggal kenangan kita bersama, Cikgu sayang kamu – EsmimiElias.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika keluarga terbabit dalam perjalanan dari Kedah ke Seremban untuk menghantar empat beradik berkenaan ke rumah ibu mereka.

Menurutnya, tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Proton Iswara dipandu Jaafar telah merempvh bahagian belakang sebuah lori yang berada di hadapan menyebabkan kereta itu mati enjin.

Dalam masa sama, datang sebuah treler dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu merempvh kereta terbabit.

Kereta berkenaan mengalami kerosakan teruk di keseluruhan bahagian hadapan dan belakang, katanya kepada pemberita pada Jumaat. Al fatihah.

Related Posts