Mengaku Nabi wanita pertama, warganet cemuh wanita pakai kostum atas sejadah
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang wanita memuat naik kandungan di platform TikTok sehingga mengundang kemarahan ramai. Mana tidaknya, kesemua video yang dikongsikan oleh wanita dikenali Mariam Hadid jelas menunjukkan dia menghina agama Islam
Menerusi video yang dimuat naik, hampur kesemuanya memaparkan wanita itu bertudung tetapi berpakaian kurang sopan seperti memakai ‘dress’ pendek atau ketat sehingga menampakkan aset mahalnya.
Mengaku sebagai Nabi wanita pertama
Tidak cukup dengan itu, Mariam turut menggelarkan dirinya sebagai ‘Nabi wanita pertama’ selain mempersendakan agama dengan memakai kostum ‘Ultraman’ sambil solat dan pegang AL-Quran di atas sejadah.
Melampau! Mohon ramai report akaun ini!
Berang dengan setiap perkongsian wanita Arab itu, seorang pengguna di Facebook menggesa orang ramai agar melaporkan akaun tersebut kepada pihak TikTok.
Done report!
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di mana ramai meluahkan rasa tidak puas hati apabila terdapat individu tergamak menghina kesucian agama dan mereka terus bertindak membuat laporan kepada TikTok.
TikTok cakap tak against violations pun..
Pun begitu, ada warganet mengatakan pihak TikTok tidak menjumpai konten yang dikongsikan oleh Mariam tidak melanggar mana-mana syarat ditetapkan oleh mereka.
Minah ni dah murtad.. Sekarang meroyan pasal Islam
Selain itu, ada yang mendedahkan wanita tersebut telah murtad dan berkemungkinan kandungan yang dikongsikan olehnya adalah bertujuan untuk menunjukkan perspektif buruk tentang Islam kepada penganut agama lain.
Sumber: Facebook Mohd Azahar, TikTok @mariam.hadid1