“Dia nak masuk tapi saya tak layan..”- Cikgu Fadli elak Caprice campur tangan


Penyanyi rap sensasi, Caprice sentiasa menjadi perbualan ramai di media sosial apabila kerap melakukan pendedahan berhubung jenayah seksual membabitkan golongan pendakwah.

Belum reda dengan isu tersebut, kini pemilik nama Ariz Ramli dikatakan mahu menyelesaikan masalah melibatkan Cikgu Mohd Fadli Salleh yang telah menerima surat tindakan tatatertib kerana bersuara mengenai silibus pendidikan pada masa kini.

Menerusi Insta Story yang dikongsikan,  Caprice mengatakan dia banyak menerima Direct Message (DM) berhubung kes terbaharu melibatkan cikgu tersebut. Disebabkan itu, dia meminta sesiapa yang mengenali Cikgu Fadli supaya menghubunginya.

Dia nak masuk, tapi saya tak layan..

Malangnya, Cikgu Fadli mengatakan dia enggan pelatun lagu Takde Hal Bro masuk campur dalam urusan tersebut selepas pengguna Facebook dikenali Khairul Faizie berseloroh dengan harapan penyanyi rap itu tidak ulas isu berkenaan.

Komen yang ditinggalkan oleh Cikgu Fadli membuatkan ramai menyokong dengan tindakannya tidak melayan permintaan tersebut dan berharap agar kes tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

Berkemungkinan Cikgu Fadli mempunyai sebab tersendiri tidak mahu melayan Caprice masuk campur dalam hal ini memandangkan ia melibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Terdahulu, guru yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak dikatakan patut dikenakan tindakan tatatertib atas tiga pertuduhan.

Pertuduhan tersebut berhubung jadual waktu dan mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah, subjek matematik diajar pada murid Tahun 1 dan sesi Facebook live dengan mengatakan banyak silibus mengarut diajar di sekolah.

Dan, ia mendapat perhatian banyak pihak terutama Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan mahu berjumpa dengan beliau bagi membincangkan secara lebih lanjut.

Malah, Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan dijadualkan bersidang hari ini  selepas menerima surat representasi yang dikemukakan guru Matematik, Mohd Fadli Mohamed Salleh pada 14 Oktober.

Sumber: Facebook Khairul Faizie