Dapat Tahu Hamil Lepas 3 Hari Suami Meningg4l, Wanita Ini Selamat Lahirkn Bayi Lelaki “Kehadiran bayi lelaki ini pengubat rindu buat arwah”
Dapat Tahu Hamil Lepas 3 Hari Suami Meningg4l, Wanita Ini Selamat Lahirkn Bayi Lelaki “Kehadiran bayi lelaki ini pengubat rindu buat arwah”
Kehadiran bayi lelaki ini pengubat rindu buat arwah. Sampaikan rambut pun sama, betul anak ayah ni.” Kongsi seorang ibu muda yang kisahnya pernah tular sebelum ini kerana pemergian suami secara mengejut sewaktu baru mengecapi alam perkahwinan genap dua bulan.
Lebih memilukan, Airina Roslan atau mesra disapa Erin, 24, tidak sangka selepas tiga hari pemergian suami, dia mendapat tahu dirinya mengandung. Walaupun hanya dua bulan dapat melayari perkahwinan itu, pengganti bayi dalam kandungan itulah pengubat rindu buat arwah suaminya.
Erin pernah berkongsi walaupun hatinya sedih kerana tak sangka cepatnya Allah ambil suami, tapi dia mesti kuat demi bayi.
Suami meninggal ketika main futsal
Sebelum ini, suaminya yang dikenali sebagai Muhammad Amirul Ashraf, 25, meningg4l dunia genap dua bulan perkahwinan mereka, selepas arwah dis3rang s4kit j4ntung ketika bermain futsal. Tuhan itu Maha Adil, setelah tiga hari suami meninggal dunia, Erin disahkan hamil.
Walaupun berita gembira itu tidak dapat dikongsikan bersama suami tercinta, namun kehadiran zuriat itu sedikit sebanyak menjadi pengubat rindu. Anak yang ditinggalkan ini penghubung tanda cinta buat suami yang pergi buat selama-lamanya.
Ali pengganti ayah
Terbaru melalui perkongsian di instagram dan IG storynya, Erin yang telah selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Ali, bersyukur Allah mempermudahkan urusannya walaupun tanpa kehadiran suami di sisi.
Bukan mudah melalui detik ini berseorangan, tetapi demi anak kekuatan itu datang dengan sendirinya. Dalam perkongsiannya itu, Erin turut kagum dengan ibu-ibu yang mempunyai pengalaman bersalin banyak kali kerana bukan mudah melalui detik ini. Sakitnya Allah yang tahu.
Dia juga turut menitipkan pesanan kepada suami-suami bahawa betapa besarnya pengorbanan isteri ketika berjuang melahirkan zuriat. Ia antara hidup dan m4ti buat seorang wanita.
Sumber: IG Airina Roslan via mysumbermaya