Meninggal ketika di Gunung Tahan , ” Tuan Azlan alami cirit- birit & hilang tenaga ”


Hasrat seorang pendaki untuk menamatkan ekspedisi mendaki Gunung Tahan tidak kesampaian apabila dia men1nggal dunia ketika dalam perjalanan turun dari puncak itu di Kem Kor kira-kira 13 kilometer daripada lokasi penamat Kuala Juram, Merapoh dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, m4ngsa Raja Azlan Shah Raja Abdul Aziz, 51, yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor men1nggal dunia pada pukul 12.30 tengah hari dipercayai kehabisan tenaga dan lemah selepas mengalami cirit-birit selama dua hari.

Innalillahiwainnailaihirojiun, Perginya seorang sahabat saya Azlan yg baik, Mohon sahabat semua mendoakan arwah sahabat saya nie Raja Azlan Shah (Ian Azlan).

Semoga arwah sentiasa dirahmati Allah dan berada dikalangan orang-orang yg soleh. Aamiin! Aamiin! Aamiin Ya Rabbal Alamin! 🤲🤲You’ll be missed, my friend 😭 – SazaliAlias.

Innalillahi wainna ilaihi rajiun (16/03/2022) My privilege to have spent few hours of laughters and good times with you OP Ian Azlan. Intelligent, smart, easygoing and down to earth, knowing you as who you are, Now you are here no more.

Didoakan semoga Allah Swt menempatkan roh dirimu di kalangan roh² mereka yang beriman dan beramal soleh.Al Fatihah – Saharudin Mohd Dan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, polis menerima maklumat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Lipis mengenai seorang pendaki mengalami kehabisan tenaga untuk meneruskan perjalanan.

Siasatan polis mendapati kumpulan pendaki berkenaan terdiri daripada 12 orang iaitu semua lelaki daripada Selangor yang dipandu arah oleh dua orang malim gunung ketika mula dan perjalanan turun ke Kuala Juram daripada puncak Tahan.

Mereka mula mendaki pada 12 Mac lalu dan dijangka pulang dan tiba di Kuala Juram pada 16 Mac (hari ini), namun semasa dalam perjalanan turun m4ngsa, Raja Azlan Shah telah hilang tenaga dan lemah,katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azli, malim gunung melaporkan keadaan m4ngsa mengalami cirit birit selama dua hari dan tidak makan sehingga dia berasa amat lemah.Credit Kosmo.